I Will Follow You...

Sunday, July 4, 2010

Stok EBM yang tak seberapa


Last Saturday tak tau nak buat apa pagi-pagi tu. Ingat nak masak, so kena la korek freezer. Terpandang pulak EBM yang bersepah-sepah. Hmmm, susun dulu la EBM ni before proceed buat benda-benda lain.

Hasilnya: Ini stok bulan 6 dalam plastik zip lock Autumnz dan few in bottles.
Dalam bekas ni pulak stok bulan 7 dan 4 peket (sebelah kanan) untuk bulan 5
Ini keseluruhan stok bulan 5, 6, 7
Takdela banyak sangat, tapi cukup buat aku bersemangat untuk teruskan usaha megumpul stok. Ramadhan is just around the corner. Kena usaha lebih giat lagi!!!

Gambatte kudasai!!!

Saturday, July 3, 2010

Job vs Jobs Description

Kita keje mengikut JD atau JD direka mengikut kerja kita?

Mari kita fikir-fikirkan...

Kita kerja mengikut JD, itu yang sepatutnya. tapi adakalanya kita perlu juga buat kerja yang di luar skop JD yang dah diamanahkan.

Mesti ada yang tanya nanti, adakah ini luahan hati saya?
Jawapannya, mungkin!

Tetapi saya yakin bahawa jawapan yang sama juga mungkin diberikan oleh ramai pekerja di luar sana. 
Truth hurts! Haha...but that's the fact. Kena accept la kan?

Well, kerja pun kena tolak ansur. Ada masa kita pun ngular gak, so kena la kerja betul-betul dan ganti waktu yang kita gunakan untuk mengular tuh. So, kalau kena overtime tapi tak boleh claim, jangan cepat melatah. Kita kena ingat dan niat, kerja kita ikhlas kerana Allah, lagipun kerja itu ibadah dan amanah!

About JD ikut keje atau keje ikut JD, I think mana-mana pun ok sebab kita kena give and take. Tapi kalau asyik kena "take" aje, naya la!!!

Adala 1 orang ni, orang suka kerja dengan dia. Tapi bila orang yang kerja dengan dia tu sangat baik dan dia suka, dia akan suruh orang tu buat banyak kerja. My opinion, dia suruh sebab dia percaya dan dia yakin yang orang dia suka tu boleh laksanakan kerja tu dengan sempurna. Well, it is such  compliment, tapi I think it is very unfair untuk orang yang menerima job tambahan tu. Sedangkan orang yang sepatutnya dipertanggungjawabkan untuk buat kerja tu boleh goyang-goyang kaki je.

Haih, I nak komen lebih-lebih..I dare not! Sebab bila banyak cakap, orang marah kita. Bila kita diam, orang ingat kita redha terima semua tu (redha je la walaupun rasa terpaksa).

Then, what should I say???

:(


What's For Lunch Today?

Sambal Tumis Sotong

Bahan-bahan:
1/2 kg sotong (cuci bersih) ~ dipotong bulat
5 sudu makan bawang merah dan bawang putih ~ yg telah dikisar
3 sudu makan cili kering ~ yg telah dikisar
2 biji bawang besar ~ dihiris
Air asam jawa ~ secukup rasa
Garam dan gula ~ secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara penyediaan:1. Bersihkan sotong dan rebus di dalam air mendidih selama tiga minit, angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga kekuningan. Masukkan pula cili kering dan tumis sehingga garing.
3. Masukkan bawang yang dihiris,air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
4. Kemudian masukkan sotong yang telah direbus, kacau rata dan bolehlah dihidangkan.

Friday, July 2, 2010

Pot Pet Pagi Jumaat

As usual, I will be mumbling sensorang lam keta about MRR2 traffic, again and again until I get bored (tapi tak tahu bila la kan?!)

Today's entry is about efficiency jaga traffic kat MRR2 especially kat pertemuan susur keluar DUKE, susur keluar Keramat AU dan MRR2 sendiri (setentang Glaxo Smith kline dan S.E.H)...Whooaa, very the detail akak menulis description of the location!

Bukan apa, I just can't understand, kenapa mesti ada orang jaga kat tepi jalan dan suruh orang jalan straight, walhal jalan tu memang straight pun!

I don't see any significant impact bila diorang jaga kat situ, sampai 3 orang plak tuh. But i could clearly see the difference bila diorang tak jaga, sebab jalan tu akan jadi very smooth... :)
No offence ye everyone...I tak kutuk and hina kerja diorang, cuma I rasa it would be even better if diorang kaji kat mana bottleneck, and try and error. If it does not help, maybe they have to change their strategy plak. Itu jer...hidup mesti creative maaaaa...

Think..Think out of the box!

Anyway, am really tired with the traffic situation in KL (esp MRR2), but I am still grateful that I don't have to live and work in Jakarta, which the traffic is even worst..*sigh*

Kisah si Pembantu Rumah_Part One

Ini semua based on true stories...bukan nak buat-buat cerita, but it does really happen...
So, motif di sini bukan untuk membenci, tetapi hanya untuk berkongsi kisah dan dijadikan teladan.


Pembantu berusia lebih kurang 50an. Diambil bukan melalui ajen tetapi ambil sendiri di Batam.
Menganggap majikan seperti anak, maka rasa hormat itu telah tiada.

Pada mulanya si pembantu mengikut kata tetapi situasi itu tak bertahan lama. Majikan terpaksa berebut sofa dan remote control ASTRO dengan pembantu. Just imagine, boleh main rebut, tarik-tarik! Believe it, I've seen it with my own eyes!!!

Barang dapur every week habis. Tak kisah la, sebab dia memang suka masak. Majikan pun suka sebab tak payah nak masak bila balik dari kerja. But just imagine, cili merah 1/2kg boleh habis dalam masa kurang dari seminggu...Lepas hantar si pembantu balik, barulah majikan dapat tahu yang si pembantu masak "kenduri" untuk pembantu-pembantu lain sekitar rumah situ. Siap panggil diorang datang makan bila majikan tak ada kat rumah. Wah...wah...wah...Itupun dapat tahu sebab pembantu baru mengadu, pembantu keliling rumah marahkan dia sebab tak masak dan jamu semua orang makan macam pembantu dulu buat...Hancus!!!

Ada lagi but later I sambung sebab mata pun very the ngantuks nih..hihi..selamat malam semua!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...