I Will Follow You...

Friday, November 16, 2018

It has been a while.

Lama dah blog-blog Linda yang ada ni tak bersentuh.
Laman media sosial pun sunyi sepi.
Tiada lagi cicipan rasa meskipun suara hati yang diluah.
Tiada lagi ceritera anak-anak yang Linda kongsikan.

Setahun yang menyeksakan.
Setahun yang mengajar Linda erti kemurungan.
Setahun yang menemukan Linda dengan pelbagai jawapan.

Tak tahu kemana nak lari.
Tak tahu di mana nak sembunyi.
Tak tahu siapa kawan, siapa yang sebenarnya lawan.

Hari ini Linda kumpul kekuatan.
Menulis demi meluahkan perasaan.
Biarpun tiada yang memahami.
Biarpun tiada yang di sisi.

Namun Linda akan terus menulis.
Agar tiada lagi penyeksaan dalam minda.

Semoga Linda akan bersua lebih ramai kawan di alam maya ini.
Yang sudi berkongsi luahan rasa.
Yang tak jemu membaca.

Mudah-mudahan...

Saturday, September 3, 2016

Senarai Blog yang sporting dan sempoi!

Antara senarai blogger yang patut korang jenguk dan berblogwalking sebab diorang semuanya sempoi dan banyak info manfaat tentang penjagaan anak, tips travel, tips masakan, tips makan kat mana, resipi, info kesihatan dan banyak lagi.

Chekc it out guys!

2. Mai Md Saupi http://kmshop143.blogspot.my
 
9. Shazzy Salleh

11. Ayu 

12. Ana

13. Fadzrin 

14. Faaiz

15. Ainul

16. Sarah

Saturday, September 12, 2015

Saya Nak Percutian PERCUMA!

Hari ini tak nak sembang panjang.
Hari ini selesai 3 perkara penting dalam hidup.
Hari ini aku buat keputusan nak join FREE 5 Stars trip ke Bangkok.

Hari ini aku teruja nak ajak kawan-kawan yang nak join aku bersama-sama ke sana.
Hari ini aku bagi peluang kat korang semua.
Hari ini, sapa nak tau camne nak gi Bangkok tahun depan secara PERCUMA, tolong hubungi saya secepat mungkin untuk hantarkan kad jemputan :)

Cepat-cepat tau!

Friday, July 17, 2015

Homestay Tambun paling dekat dengan Lost World of Tambun dan Banjaran Hotspring

Apartment lengkap dengan perabot untuk sewaan jangka pendek berhampiran Lost World of Tambun.

Terletak bersebelahan D'Haven Residence, dan hanya kurang dari 3 minit memandu ke lokasi berikut:
• Lost World of Tambun
• Tambun Hot Spring
• Giant
• McDonalds
• Shophouses
• Clinic
• Maybank
Etc

3 queen sizes bed + 1 single bed
32" LCD TV + DVD player
Washing machine
Refrigerator
Cooking stove and gas
Cooking utensils

2D1N RM150
3D2N RM270
1 week RM600
1 month RM1500
*kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan tentang kadar sewaan bergantung kepada kesesuaian anda. 

Jom booking sekarang!

Thursday, January 15, 2015

Perginya Bonda Kepada Penulis Lirik UntukMu Ibu

Masih ingat entri yang aku kongsikan dulu tentang penulis lirik Satu Malaysia Satu Bahtera?

Takziah diucapkan buat seluruh keluarga Megat Ibrahim Megat Itam atas kehilangan Nenda Hajah Maryam, nenda kepada penulis lirik Satu Malaysia Satu Bahtera dan juga merupakan bonda kepada Allahyarham Megat Ismail, penulis lirik UntukMu Ibu, Fikirkan Boleh, Perempuan dan lain-lain lagi.

Tak sampai beberapa minit aku sedang Whatsapp dengan Kak Sue (Puteri Suraya) tentang wealth management, terus Kak Sue sampaikan khabar yang Pah Encik dah tiada lagi (itu panggilan kami pada nenda yang merupakan kakak ipar kepada nenda sebenar kami).

Waktu tu, Encik Suami baru je makan ubat cirit dan baru pasang IV drip untuk preparation ERCP esok. Terus aku gerakkan dia dan "lari sekejap" dari hospital untuk menziarah jenazah Pah Encik di Bangsar. 

Tak tipu, aku nangis.
Tak salah pun aku nangis.
Muhammad tanya kenapa aku nangis?
Aku jawap, "Nyang dah tak ada...kita ni pun tak tau bila Allah nak ambil nyawa"

10 Januari 2015, baru je aku jumpa Pah Encik di kenduri Megat Izham dan isteri, Dr Hajar. Memang ketara Pah Encik tak berapa sihat. Dia pun dah tak berapa cam muka aku. Paling sedih, bila dia tanya, kenapa mama dah tak jenguk dia?

Ya.
Mama antara yang sangat kerap jenguk dia kat sana.
Secara tak langsung, dari aku kecik sampai besar aku selalu sangat jenguk dia kat sana sebab temankan mama.

Mama belum balik dari Scotland. Dua minggu lagi mama akan balik, dan memang dah terdetik di hati nak bawa mama ke rumah Pah Encik.

Apakan daya, Allah telah merancang sebaik-baiknya.

Pah Encik pergi dalam keadaan berwuduk dan baru lepas menunaikan solat Maghrib. Mudahnya dia "pergi" tatkala itu ditemani dengan anak dan cucu. Alhamdulillah juga Dr Hajar ada di rumah dan dialah yang isytiharkan "Time of Death", baru dua minggu bergelar pengantin baru...

Aku ziarah sekejap aje. 
Esok Muhammad punya first day at school.
Esok juga Encik Suami akan jalani prosedur ERCP.
Esok juga jenazah akan dikebumikan, aku hanya doakan dari jauh...

Lagu UntukMu Ibu ni, aku tujukan khas untuk mereka yang masih punyai ibu. Hargailah ibu selagi hayatnya masih ada.

Sungguh, lirik lagu yang Ayah Chor tulis ni sangat menyentuh jiwa aku tatkala ini...

Untuk Mu Ibu 

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu...

Exist (Rahim Othman / Megat Ismail Megat Ibrahim)

إِنَّا لِلهِ وٓإِنّٓا إلٓيْهِ رٓاجِعُون ... ألْفٓاتِحهْ

Friday, November 14, 2014

Kenangan Mengusik Jiwa

Teringat zaman sekolah, few years back.
*tak boleh bagitau tahun bila, terasa sangat dah tua!

Kami 4 sepupu belajar di Sekolah Asrama yang sama.
Maklumlah, semua pelajar cemerlang Negeri Perak!
*angkat bakul sekejap ok!

Aku lebih rapat dengan Kak Fieza.
Dari kecik dah duduk sama.
Sekolah rendah sama kat Kuala Kangsar.
Sekolah menengah apatah lagi!
Keluar masuk dorm aje nampak muka dia.
Hihi.

Bila adik-adik sepupu dah masuk, yang paling kecik tu pendiam sikit.
Tapi berkat diam-diam dia tu, kira hebat la aku rasa si Aina sebab buat persembahan violin secara solo depan Tun Dr Mahathir!
Live disaksikan seluruh rakyat Malaysia time tu.

Yang kakaknya low profile tapi sangat berseni.
Anith ni kakak sulung, aku pulak anak bongsu.
Bonding kitorang dah macam aku kakak, dia adik.
Manja ya amat dia tu.
Aku pulak garang ya amat!
*ye, masih garang sehingga hari ini.

Yang paling tak boleh lupa, time mandi.
Especially lepas riadah petang.
Sapa mandi lambat, confirm takde ayor!
Semua berebut nak mandi, yang berlumpur satu badan la, yang lenjun dan macam-macam lagi la kekdahnya.

Kalau junior, ada can mandi awal.
Dah jadi senior, hmmm..kalau masuk dewan makan bau macam kerbau tu taule mandi ke tak!

Alkisah.
Anith kan junior.
Setiap kali mandi petang, aku dah siap letak bakul mandi aku kat dalam baldi dia.
Nanti dia akan 'beratur'kan bakul aku tu, bajet-bajet lepas 3-4 orang lepas dia.
Itu la untung jadi senior, kan?
Tapi aku takde la sampai kes buli 'singlet hitam' tu!

Apa-apa pun, memang banyak kenangan zaman sekolah yang kalau dikenangkan rasa macam sweet aje..
Hehe.

Nah! Belanja satu gambar!
Kredit kepada page FB : Friends of BN

Thursday, November 13, 2014

Lagi Cerita Penipuan Syawal dan Naza

Amik korang.
Akhirnya masuk Utusan Malaysia hari ni.

Semoga Allah ampunkan dosa korang tipu duit orang lain.

Utusan Malaysia, 13 November 2014

KUALA LUMPUR 12 Nov. - “Pakar penipu abad ini”. Itulah gelaran yang diberikan oleh sekumpulan individu kepada sepasang suami isteri yang didakwa telah memperdaya mereka hingga mengakibatkan kerugian puluhan ribu ringgit setiap seorang dalam urusan pelancongan, pengambilan pembantu rumah, penjualan telefon pintar dan produk kecantikan.
Lebih mengejutkan, kebanyak­an mangsa pasangan berusia lingkungan 30-an itu terdiri daripada golongan profesional seperti doktor dan peguam malah ada yang berpangkat Datuk.
Seorang mangsa, Datuk Ray Imran mendakwa, terdapat lebih 50 laporan polis dibuat terhadap pasangan dikenali sebagai Naza dan Sya itu di seluruh negara yang dikesan melakukan kegiatan tersebut sejak 2009.
“Mangsa-mangsa kini telah membuka satu kumpulan di Facebook bagi mendapatkan maklumat tentang kegiatan penipuan itu dan seterusnya ingin membawa pasangan berkenaan ke muka pengadilan.
“Setakat ini, kita mengetahui terdapat 15 kes penipuan dengan jumlah kerugian sebanyak RM460,162 telah berlaku melibatkan pelbagai urusan perniagaan,” katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini semalam.
Ray mendakwa, pasangan berkenaan akan mengambil bayaran pendahuluan untuk setiap urusan dan memberi pelbagai alasan setelah gagal menyediakan apa yang dijanjikan.
“Mereka juga mengugut mangsa sekiranya didesak untuk mendapatkan kembali wang setelah janji gagal ditunaikan,” ujarnya yang kerugian kira-kira RM24,000 dalam urusan pembelian 21 unit iPhone 6.
Menurut Ray, mangsa-mangsa juga kini mula mengetahui pasangan itu mengguna beberapa nama serta sering berpindah rumah.
Seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Yani mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM97,836 setelah pasangan tersebut gagal menyediakan beberapa tiket penerbangan ke pelbagai destinasi seperti ke London, United Kingdom, Perth, Australia dan Padang, Indonesia.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/awasi-pasangan-penipu-1.24080#sthash.mCI2PWDe.dpuf

“Saya turut diperdaya sebanyak RM2,500 kerana mereka menjanjikan untuk mendapatkan dua orang pembantu rumah,” ujarnya.
Turut menerima nasib sama ialah sekumpulan pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak yang kerugian sebanyak RM65,045 akibat pasangan itu gagal menyediakan sebanyak 31 tiket penerbangan ke London pada 2010.
Selain itu, seorang peguam yang mahu dikenali sebagai J berkata, beliau turut menerima ugutan bunuh kerana menuntut wang berjumlah RM15,000 selepas pasangan itu tidak menyediakan tiket pener­bangan ke Korea untuk 20 orang seperti dijanjikan.

Wednesday, November 12, 2014

Mangsa Penipuan Sindiket Syawal & Naza

Dahsyat diorang ni.
Dah beratus ribu duit orang diorang ni kebas.
Makcik saya pun dah terkena.
Baru lagi, 19 Oktober lepas.

Diorang nak bercuti di Perth.
Ambil tiket dengan Syawal & Naza.
Alih-alih, tiket tak ada.
Ground tour semua dah bayar.
Nak tak nak, beli tiket on the spot!

Hari ni keluar dalam The Rakyat Post.
Esok akan keluar dalam Utusan Malaysia.

Dah 52 repot polis, 3 waran tangkap.
Tapi diorang ni macam tak ada kisah apa pun.
Hairan bin Ajaib!

Untuk elak kena tipu, atau nak buat repot dah tertipu.
Jom join kelab mangsa ni...

Tapi beli vitamin dengan saya, InsyaAllah tiada penipuan ye!

Nak Beli, boleh ke kedai vitamin saya tau!

Tuesday, November 11, 2014

Menyampah Betul Dengan PenMerah [dot]com

Kali pertama aku ok lagi.
Kali kedua aku naik hangin.
Kali seterusnya naik hantu jawabnya la kan!

Bukan sekali PenMerah copy paste status facebook aku.
Dah la copy paste, tak bagi kredit satu hal.
Sebarkan berita palsu satu hal.
Aku dah suruh delete pun tak nak delete.

Siap lah.
Cerita tu dah masuk balai.
Kalau korang sebarkan lagi, silap haribulan korang pun dikira bersubahat.
Mujur aku dah hide status aku tu.

PenMerah.
Bukan sekali dua ko copypaste cerita kitorang.
Adakala aku rasa dah glamour macam Rozita Che Wan dan Zain Saidin dapat baby pulak!

Asyik-asyik korang nak stalk aku.
Asyik-asyik curi cerita hangat aku.
Apalah!
Tak ada kredibiliti langsung!

Kawan-kawan aku pun dah ramai terkena dengan ko.
Kesian la weh.
Taula korang nak naikkan rating LIKERS Page korang tapi malu la sikit.

Esok-esok ko merangkak la cari aku kat akhirat tau!

Monday, November 10, 2014

Laksa Sardin Pun Sedap Tau!

Akhirnya dah sekian lama teringin nak buat laksa, ada skill lagi rupanya tangan ni eh!

Berbekalkan bahan apa yang ada dalam peti ais, dan juga bunga kantan yang dah turun harga di pasaran, berjaya jugak buat laksa dan berjaya jugak dihabiskan dalam masa yang sama.
Siap dapat pujian SEDAP!

Yay!

Tapi biasa la kan.
Laksa nak cepat.
Guna sardin dalam tin aje.

Tempoh penyediaan laksa ni aku buat dalam 1 jam yang penuh dengan anak-anak main celah kaki, si kecik dok berdukung.
Kira terer la kan?

Apa-apa hal pun, kuah laksa ada sikit lagi.
Boleh pilih nak hirup atau nak keringkan lepas ni boleh buat inti kuih bom macam kat terengganu tu.
Tak pun campur tepung sikit satgi jadila cucur laksa!

Selamat makan!

Nak resipi, klik kat sini tau!
http://bit.ly/LaksaRingkas

Thursday, September 25, 2014

Cadar FROZEN untuk Anak-Anak Anda

Jom hiaskan bilik anak anda dengan CADAR FROZEN berkualiti dan selesa!

Single fitted : RM39.90
2 sarung bantal
1 cadar fitted
1 sarung bantal peluk

Single fitted set : RM128.90
2 sarung bantal
1 cadar fitted
1 sarung bantal peluk
1 comforter

Queen fitted : RM69.90
4 sarung bantal
1 cadar fitted
1 sarung bantal peluk

Queen fitted set : RM169.90
4 sarung bantal
1 cadar fitted
1 sarung bantal peluk
1 comforter

Langsir 2 panel : RM52.90

Postage 
RM10 semenanjung
RM20 Sabah Sarawak 

Hubungi nombor dibawah dengan segera!
Stok adalah TERHAD!

Linda
GLOBAL GEMILANG VENTURE
0129401604
sihatdengansaya@gmail.com

Sunday, May 25, 2014

RESIPI KEK COKLAT MOIST KUKUS YANG MUDAH DAN SEDAP

KEK COKLAT MOIST KUKUS
Bahan-bahan:

A)
3 biji telur
2 cawan gula
2 sudu makan esen Vanilla
*campur semua, blend sehingga kembang dan gula hancur

B)
1 peket Nescafe 3in1 (warna merah)
1 cawan air suam (bancuhkan Nescafe hingga larut)
1 cawan minyak jagung atau minyak biasa
1 cawan susu cair
*campurkan semua

C) 
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
*campur dan ayak 2-3kali

Cara-cara:
• Campurkan bahan A dan B.
• Tuang campuran perlahan-lahan dalam bahan C sedikit demi sedikit sehingga habis.
• Gaul dengan rata.
• Tuang ke dalam loyang yang disapu minyak.
• Kukus sehingga masak, anggaran selama 45 minit dengan api sederhana.
• Sejukkan sebelum meletak topping.

TOPPING CHOC FUDGE
Bahan-bahan:
1 sudu besar esen vanilla
3 sudu besar tepung jagung
2 cawan susu segar full cream Dutch Lady
7 sudu serbuk koko
6 sudu gula

Cara-cara:
• Campurkan semua bahan dan blend
• Masak menggunakan api yang perlahan dan sentiasa kacau kerana mudah hangit
• Letakkan topping di atas kek
• Hiaskan mengikut kreativiti masing-masing

Notakaki: Masaklah dengan penuh kasih sayang dan sentiasa berzikir. InsyaAllah kek akan lebih sedap dan sentiasa diingati oleh mereka yang memakannya.

Thursday, May 22, 2014

Berangkat Lagi

Berangkat lagi, entah kesekian kali.
KUL-BTU-KUL.
Setiap bulan, tak pernah miss.
Sehari, seminggu, berminggu-minggu.

4-wheelers, cabin size, lightweight.

Jenama entahpehapahapa.
VILONG Professional katanya.

Warna hitam.
Macam cantik je.
Macam comel je.
Tapi dah tak tahu rupa apa.
Tepek stiker sana, compang plastik sini.
Tak apalah, banyak baktinya pada kami.

Harga bukan ketika jualan murah, RM139.
Harga jualan murah, hanya sewaktu Tahun Baru Cina, RM19!
Hanya di Carrefour, oh sekarang AEON BIG namanya.

*maaf! Aku bukan duta produk.
Hanya berkongsi pengalaman.

Friday, March 21, 2014

TIPS PENJIMATAN AIR KETIKA CATUAN

Sewaktu catuan air dijalankan, adalah penting bagi kita untuk tidak bersikap mementingkan diri sendiri. Cuba untuk tidak membazirkan air termasuk pada hari-hari biasa. Sesungguhnya, air adalah sesuatu yang amat berharga dalam kehidupan harian kita. Kita mungkin boleh hidup tanpa bekalan elektrik, namun ketiadaan air memungkinkan kita terhidrasi dengan teruk seandainya dibiarkan begitu sahaja.

Saya kongsikan sedikit tips penjimatan air ketika catuan air dilaksanakan sehingga penghujung Mac ini.

1. Tutup pili air ketika sedang memberus gigi. Jangan biarkan air mengalir tanpa digunakan.

2. Belajar mandi menggunakan satu baldi kecil air sahaja. Ambil air dan sapu seluruh badan. Seterusnya, gunakan jumlah sabun yang minima supaya tidak memerlukan air yang banyak untuk membilas. Bilas badan dengan air yang diambil dengan tangan, gosok badan bagi menghilangkan sabun. Akhir sekali, bilas atau jirus badan dari kepala ke kaki dengan menggunakan baki air dalam baldi tadi.

3. Jangan buang air basuhan beras anda! Gunakan air tersebut untuk membasuh ikan atau ayam. Air basuhan ikan atau ayam tadi itu boleh pula dijadikan air siraman pokok dan tanaman. Lihat, satu besen air sahaja namun pelbagai kegunaan boleh dibuat sekiranya kita bijak menggunakannya.

4. Kumpul pinggan mangkuk dan cawan, basuh pada masa yang sama dengan menggunakan besen air  (sama kaedah ketika kenduri)

5. Tadah air hujan untuk kegunaan bukan makanan. Sekiranya anda mempunyai ruang di rumah, buatkan satu kawasan tadahan untuk air hujan. Gunakan air tadahan tersebut untuk membasuh kereta, menyiram pokok dan sebagainya. Tetapi JANGAN pula gunakan air ini untuk memasak atau diminum. 

Air suatu sumber penting dalam kehidupan kita. Tak kira ketika kemarau ataupun tidak, wajarlah kita untuk mengelakkan pembaziran dalam kegunaan harian. 

Gunakan air dengan bijak!

Thursday, March 20, 2014

Mana nak cari ESP paling murah? Lebih murah dari harga ahli!

Ok, saya nak jual ESP. 

LEBIH MURAH daripada harga ahli.

Ada orang kata ESP mahal.

Ada yang jawab, jadilah ahli, RM75* je seumur hidup.

Promo ini untuk bulan ni je.

Terhad 5 orang pertama aje.

Tak perlu jadi ahli untuk dapat harga ESP bawah harga ahli!

Ada yang tanya, camne ye?

Tak susah.

Bulan ni promo ESP.

Beli 6 percuma 1. 

Kalau belum jadi ahli, terus dapat jadi ahli percuma seumur hidup.

Kalau dah jadi ahli, dapat pulak bonus!

Yang dapat jadi ahli melaui pembelian ni pun akan dapat bonus tau!

Bayangkanla, 

Beli 6 percuma 1 bernilai RM150.

Dah jadi ahli, laaaaagila banyak bonus leh dapat.

Call la eh.

Sms pun boleh.

Whatsapp pun boleh.

Linda

0129401604

Sunday, March 16, 2014

Simple breakfast dengan Cinch Cafe Latte Dan HerbLax Shaklee

Morning peeps!

Breakfast with plain #cinch takde nak shake-shake cuma kacau aje dengan #herblax 

Sedap wooo #cinch #cafelatte #shaklee

Sila hubungi saya utk breakfast yummeh ni!

Linda

0129401604

sihatdengansaya@gmail.com

#shaklee #shakleemalaysia #shakleeindonesia #shakleeonlinebiz #shaklee4bruneicustomer #sihatdengansaya #setkurus 

Thursday, March 13, 2014

Suplemen Yang Tidak Boleh Diambil Oleh Wanita Hamil

Apabila seorang wanita itu disahkan hamil, adalah perlu bagi wanita tersebut mengamalkan pemakanan seimbang agar mendapat nutrien yang mencukupi bagi kedua-dua bakal ibu dan janin tersebut. Pemakanan seimbang boleh diperolehi dari makanan berbentuk fizikal mahupun pengambilan suplemen yang sepatutnya. Bagaimanapun, dengan keadaan pemakanan harian kita, kadangkala jumlah nutrien yang diperolehi tidak dapat memenuhi keperluan harian kita. Maka, adalah digalakkan ibu-ibu hamil untuk mendapatkan suplemen bagi menampung keperluan tersebut.

VITAMIN YANG PERLU DIAMBIL SERTA KEPENTINGANNYA

Antara suplemen yang disarankan kepada ibu-ibu hamil adalah seperti berikut:

Protein untuk bina sel. Sel terbina dari protein. Tanpa protein, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.
Cadangan produk : ESP

Multivitaminyang lengkap dengan zat besi demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.
Cadangan produk : Vita-Lea

B-Complex yang lengkap dengan folic acid penting untuk pembinaan sel darah, sarah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.
Cadangan produk : B-Complex

Vitamin Cuntuk pembentukan kolagen dan membantu meningkatkan sistem antibodi.
Cadangan produk : Sustained Release Vitamin C

Kalsiumdiperlukan untuk pembinaan sel darah merah serta tulang bayi. (Dapatkan kalsium yang mengandungi Vitamin D dan Magnesium bagi memudahkan penyerapan kalsium)
Cadangan produk : OsteMatrix

Omegadapat membantu pembentukan sel otak. Pengambilan hanya dibenarkan selepas bulan ke-4 kehamilan (trimester ke-2).
Cadangan produk : OmegaGuard

AWAS! Terdapat VITAMIN YANG TIDAK DISARANKAN untuk wanita ketika hamil!

VITAMIN YANG TIDAK DISARANKAN UNTUK WANITA HAMIL

Vitamin E
Alfalfa
GLA
Vivix
Cinch
CarotoMax
*kecuali atas saranan doktor sendiri.

Suplemen yang tinggi antioksidan tidak digalakkan ambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi.

Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, seharusnya hentikan pengambilan vitamin di atas sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Oleh itu, sebelum anda membeli apa jua suplemen, pastikan konsultasi diberikan agar pengambilan vitamin memberi kesan kesihatan yang optimum.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya seperti berikut untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Linda Ismail
0129401604

Sunday, March 9, 2014

#PrayForMH370

Mood berblogging agak down hari ini.
Since semalam actually.

Mungkin aku sangat terkesan dengan kehilangan pesawat MH370 pada 8 March 2014.

Mereka bukan ahli keluarga aku.
Bukan juga kenalan rapatku.
Bukan juga jiran-jiranku.

Mereka hanya penumpang MH370 dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.
Sekumpulan krew kabin majoritinya Melayu.
Sekumpulan pekerja Freescale Semiconductor, 12 rakyat Malaysia manakala 8 lagi rakyat China.
Sekumpulan artis kesenian China.
Adik beradik.
Suami isteri yang baru berkahwin.
Pelancong dalam dan luar negara.
Tak lupa juga 2 orang "alien" yang menggunakan paspot palsu.

Mereka bukan sesiapa bagi aku.

Tetapi kehilangan MH370 adalah berkaitan humanity.
Bukan isu politik pembangkang mahupun sandiwara kerajaan.
Bukan juga motif untuk dibuat bahan gurauan.
Ini isu yang perlukan kerjasama seluruh dunia.

Tak perlu sertai pasukan mencari.
Tak perlu juga nak bersiaran dalam tv.
Tak perlu nak bermegah lumba siapa yang post berita terkini.

Berdoalah.
Berdoalah tanpa henti.
Sesungguhnya janji Allah itu pasti.

*bila mana kuasa Allah mengatasi segalanya...

**surah Al-An'aam, ayat 59

Saturday, March 8, 2014

Pesawat MAS terhempas di Laut China Selatan

Innalillahirojiun

Semoga mereka berjaya diselamatkan oleh tentera Vietnam yang sedang dikejarkan ke sana.

Whatsapp dari teman sepejabat, suaminya staf di Malaysia Airport. Kebarangkalian berita tentang pesawat MAS yang hilang itu adalah agak tinggi kebenarannya.

#prayforMH370

Friday, March 7, 2014

Lecithin SuperPower!

Ahah!

Tajuk pun dah superpower.
Kenapa ye?

Tak perlu berlapar!
Tak perlu mengekang nafsu!
Produk yang selamat dan semulajadi.
Produk halal dan berdaftar.
Sangat menepati citarasa poket anda.
Produk untuk kuruskan badan sesuai dengan kewangan anda.

Jom tengok testimoni Ainul di sini.

Kurus dengan set yang mampu milik dan diyakini selamat.

A. Set Bajet
   - Lecithin
   - Alfalfa

B. Set Kurus
   - Lecithin
   - Alfalfa
   - ESP

C. Set Healthy Weight
   - Lecithin
   - Alfalfa
   - Omega
   - Cinch (Vanilla / Latte / Choc)
   - HerbLax

*Bandingkan Lecithin Shaklee di sini.

Boleh dapatkan daripada saya beserta tips penurunan berat badan yang berkesan serta konsultasi yang berterusan.

Linda
0129401604
fb.com/SihatDenganSaya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...