I Will Follow You...

Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

Friday, March 7, 2014

Lecithin SuperPower!

Ahah!

Tajuk pun dah superpower.
Kenapa ye?

Tak perlu berlapar!
Tak perlu mengekang nafsu!
Produk yang selamat dan semulajadi.
Produk halal dan berdaftar.
Sangat menepati citarasa poket anda.
Produk untuk kuruskan badan sesuai dengan kewangan anda.

Jom tengok testimoni Ainul di sini.


Kurus dengan set yang mampu milik dan diyakini selamat.

A. Set Bajet
   - Lecithin
   - Alfalfa

B. Set Kurus
   - Lecithin
   - Alfalfa
   - ESP

C. Set Healthy Weight
   - Lecithin
   - Alfalfa
   - Omega
   - Cinch (Vanilla / Latte / Choc)
   - HerbLax

*Bandingkan Lecithin Shaklee di sini.

Boleh dapatkan daripada saya beserta tips penurunan berat badan yang berkesan serta konsultasi yang berterusan.

Linda
0129401604
fb.com/SihatDenganSaya

Thursday, March 6, 2014

Cara kurus paling mudah...Ada ke?

Ada ke produk nak kurus dan turunkan berat badan dengan mudah?
Bagus ke turun berat badan dengan cepat?
Macam mana saya nak kurus dengan cepat?

Ohhh...semua ni berlegar di kepala saya suatu masa dulu.

Sekarang tidak lagi bila saya FAHAM KONSEP untuk turunkan berat badan dan dapatkan berat idaman dengan cara yang ideal dan selamat.

Pernah saya tulis dalam blog ni tentang konsep sebenar nak kurus di sini.

Sentiasa ingat:

3 Langkah kurus --> 3B

Langkah #1 - Burn Your Fat! / Bakar Lemak
Pengambilan Lecithin atau Omega dapat membantu untuk membakar serta mengemulsi lemak-lemak degil dalam badan kita. Tetapi jangan biarkan lelemak ini tersimpan dalam badan! Pastikan lemak ini di bawa keluar dari tubuh badan kita.

Langkah #2 - Bring it out! / Buang toksik
Ahah! Setelah lelemak jahat tu dah dipecah-pecahkan, dah dibakorkan, dah diceraikan, tiba masa kita keluarkan ia dari tubuh badan kita dengan pengambilan HerbLax atau Alfalfa. Proses pengeluaran ini mungkin melalui pelbagai cara seperti melalui najis, peluh dan air kencing. Pastikan pengambilan air yang secukupnya bagi memudahkan proses perkumuhan ini tau!

Langkah #3 - Build Your Muscle! / Bina Otot
Selepas lemak dah kena bakor, dah dibawa keluar dari badan, pastikan otot-otot kembali tegang dan padat. Pengambilan ESP atau Cinch sememangnya dapat membantu untuk membina semula otot-otot yang dah mula menggeleber ni haa..

Hah! Mahal ke produk ni?
Kami akan membantu anda menyesuaikan produk yang bersesuaian dengan bajet dan target pengurusan berat badan anda.

Linda
0129401604
fb.com/SihatDenganSaya

Wednesday, March 5, 2014

Lagi-lagi ESP!


Breakfast saya hari ini: 

Jus Mangga + ESP

Kali terakhir ada promo ESP dgn harga runtuh ialah pada bulan Oktober 2012. Selepas 17 bulan barulah promo ESP datang lagi.

Rugi woo kalau lepaskan peluang keemasan ni!

*Beli 6 percuma 1
*Percuma Keahlian Seumur Hidup
*Percuma kulit cantik dan bebas dari kusam selama 7 bulan!
*Sapa nak kurus, inilah masanya nak grab ESP yang kaw-kaw murah tau!

Boleh hubungi saya untuk pesanan dan maklum lanjut.

Linda
sihatdengansaya.blogspot.com

**psst...kalau jadi member, laaaaaaaagiii murah tau!
Jom tanya saya sekarang :)

Monday, February 17, 2014

Bahaya Susu Formula kepada Bayi

Saya seorang ibu, saya cuba berikan yang terbaik untuk anak saya.
Saya juga pernah berikan susu formula kepada anak saya atas kejahilan saya tentang penyusuan susu ibu.


Tetapi seorang tetamu yang hadir menziarahi saya genap seminggu saya berpantang membuatkan saya tersedar keburukan susu formula.
Saya nekad, berikan yang terbaik kepada anak saya.

Kala itu, breastpump masih lagi agak mahal, tak seperti sekarang di mana pelbagai jenama, pelbagai fungsi dan harga yang menarik boleh didapati. Saya gigih membaca kaedah penyusuan yang betul, cara membanyakkan air susu dan pelbagai lagi cara saya lakukan hingga saya hampir putus asa.

Push factor saya:
1. kata-kata azimat daripada Dr Suhaimi Isa "kalau ibu give up, baby akan give up"
2. anak saya mengalami incomplete intestine dan saya mesti berusaha berikan dia susu ibu agar dia cepat sembuh

Alhamdulillah.
Usaha saya membuahkan kejayaan.
Semenjak itu, saya telah menggunakan lebih daripada 12 jenis pam pelbagai jenama. Yang tidak digunakan, saya jual.

Saya mencuba pelbagai suplemen dan milk booster.
Sekarang saya tahu apa milk booster yang sesuai dengan saya.

Saya pilih SHAKLEE.
Kenapa?
Betulkah Set menyusu SHAKLEE boleh banyakkan susu?
Efektifkah set menyusu itu?

TOLONG!
Betulkan minda anda.
Fahami konsep penyusuan.
Fahami kegunaan suplemen dalam membantu penyusuan.
Gabungkan keduanya, anda akan mendapat hasil yang anda perlukan.

Dapatkan nasihat daripada pengedar yang betul.
InsyaAllah, saya sentiasa kongsikan pengalaman pahit getir saya dalam menyusukan ketiga-tiga permata hati saya.

Sekadar nukilan dari hati seorang ibu...
Linda
012-9401604

Sunday, September 15, 2013

1001 Rahsia ESP Ditemui!

Hah! ESP ni betul-betul bikin panas laaa...

Selalu sangat habis stok di pasaran!

Tolonglah! Tolong jangan habis lagi sebab banyak sangat kelebihan ESP ni! Hehe...

Sapa nak tahu kelebihan dan kebaikan ESP ni?

Jom kita semak satu-satu kebaikan ESP yang sangat HOT diperkatakan abad ini!


Kelebihan ESP

 ESP + Vita E 
Menggebu, melicin dan menganjalkan kulit

ESP + OmegaGuard
Menguatkan rahim dan membantu pembentukan janin

ESP + Vitalea
Menyihatkan tubuh secara keseluruhannya,

ESP + Alfalfa
Membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu

ESP + OsteMatrix
Mengurangkan sakit kepala atau migrain serta membantu penambahan susu bagi ibu-ibu menyusu

ESP + CoQ Health Plus
Mengawal kolestrol dalam darah, menjaga kesihatan jantung serta mengawal paras gula dalam darah

ESP + GLA Complex
Membantu meningkatkan kesuburan dengan mengimbangkan hormon serta mencantikkan kulit

ESP + Lecithin
Mengawal selera makan dan membantu untuk mendapatkan badan yang lebih kurus dan langsing dengan cara yang sihat

ESP + Performance Drink
Memberi tenaga yang berterusan sepanjang hari, mengekalkan rasa kenyang ketika berpuasa

ESP + Zinc Complex
Mempercepatkan penyembuhan luka pembedahan atau luka bersalin

Keburukan ESP

Eh? Kata hebat sangat ESP ni!
Tapi kenapa pulak ada keburukan di sebalik kehebatannya?
Apa yang tak bagus tentang ESP ni?
Meh kita tengok lagi sebab munasababnya...
  • Cepat sangat habis stok di pasaran
  • Ramai yang makan mengadu dah kembali sihat dan bertenaga
  • Menyebabkan orang yang berlebihan berat badan jadi kurus
  • Membuatkan kulit kusam jadi cantik
Jangan maraahhhh kawan-kawan...


Haaaa....apa lagi? Jom hubungi saya untuk pesanan super duper laju!
Linda Ismail (866459)
0129401604
sihatdengansaya@gmail.com
http://www.facebook.com/SihatDenganSaya




Friday, September 13, 2013

Set Kesuburan Shaklee Untuk Suami Dan Isteri



Vitamin Kesuburan Shaklee bukan sahaja meningkatkan kesuburan TETAPI juga :

# memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, & pelekatan telur
# mematangkan ovum untuk memudahkan proses persenyawaan
# bantu sperma hidup lebih lama sehingga 5 hari di tiub Fallopio
# hasilkan servikal mukus yang berkualiti & subur
# menstabilkan hormon
# menguatkan rahim
# menghasilan sperma yang sihat
# melancarkan aturan haid supaya lebih teratur
# membekalkan nutrisi lengkap yang diperlukan dalam badan sebagai persediaan hamil
# mengecutkan CYST / FIBROID / ENDOMETRIOSIS

PAKEJ 1 :

(anggaran penggunaan sehingga 3 bulan)
Harga Jualan :
RM328.75 (Semenanjung Malaysia)
RM341.75 (Sabah dan Sarawak) 
 
Pakej 1 mengandungi produk seperti berikut:
1. ESP (850g)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. 

2. B Complex (120 tablet)
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral.

3. Zinc Complex (120 tablet) 
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.
 
4. GLA Complex (60 capsules)
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).



PAKEJ 2 :

(anggaran penggunaan sehingga 1 bulan)
Harga Jualan :
RM274 (Semenanjung Malaysia)
RM285 (Sabah dan Sarawak) 



Pakej 2 mengandungi produk seperti berikut:
1. ESP (850g)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. 

2. CoQ Health Plus (30 capsules)
Co-Enzyme Q10 dipercayai dapat mengatasi masalah kesuburan lelaki dan wanita kerana mampu menguatkan keupayaan sperma serta mempertingkatkan kualiti ovum. CoQ daripada Shaklee adalah berbeza daripada produk lain di pasaran kerana mengandungi Vitamin E dan juga ekstrak teh hijau manakala kebanyakan produk terhasil daripada tembakau. 
*Awas: Wanita mengandung dan menyusukan anak serta kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dinasihatkan merujuk dengan pakar sebelum mencuba produk ini.




Tuesday, June 11, 2013

TIPS MUDAH TIDUR MALAM


Owh, dilema tak boleh tidur malam!
Dah puas mengiring ke kiri, alih ke kanan, pejam mata, celik mata, tengok cicak di siling...
Pun tak boleh lelapkan mata.

Tik Tok Tik Tok...
Tadi pukul 12 malam, sekarang dah 2 pagi.
Solat dulu lah. Buka Quran dan baca selai demi selai.

4 pagi.
Cubaan tidur tak menjadi lagi.
Haih! Apa nak buat ni?
Tiap-tiap malam macam ni.
 INSOMNIA!!!

Berapa ramai antara kita menghadapai masalah begini? Sila angkat keyboard!
Terus terang, saya memang selalu sangat ada masalah ni.
TAPI, ITU DULU!

Sekarang, saya dah berjaya mengatasi masalah tidak boleh tidur malam dengan bantuan pakar dan juga melalui pemakanan.

Iya, jangan risau. Saya akan kongsi petua dan tips untuk memudahkan tidur malam.


PUNCA INSOMNIA

Terlalu banyak merokok dan pengambilan kafein adalah antara punca utama insomnia. Stress dan tekanan berlebihan turut menjadi sebab kenapa tidak boleh tidur malam. Sebagai contoh, tekanan menghadapi peperiksaan, temuduga, masalah kewangan dan sebagainya.


RAWATAN INSOMNIA

  1. Rancang waktu tidur anda supaya menjadi rutin harian. Tetapkan pada waktu berapa anda harus tidur. Kaedah ini juga elok untuk mengajar anak-anak kecil untuk tidur malam. Secara tidak langsung, badan akan menerima signal untuk tidur apabila tiba waktu yang telah anda tetapkan.
  2. Elakkan pengambilan kafein dan nikotin sebelum tidur. Sebaiknya jarakkan pengambilan terakhir 2 jam sebelum tidur.
  3. Elakkan makan makanan yang berat 2 jam sebelum waktu tidur kerana selepas makan, badan akan menggunakan tenaga untuk memproses makanan di dalam perut dan menyukarkan kita untuk tidur.
  4. Cuba ambil segelas susu suam atau koko panas sebelum tidur. Tidur anda akan lebih lena dengan suhu air tersebut. Saya minum ESP dan ambil Ostematrix sebelum tidur. Pengambilan suplemen ini secara tidak langsung membantu saya mendapatkan tidur yang lebih lena dan bangun dengan lebih cergas keesokan harinya!
  5. Padamkan lampu bilik tidur. Matikan peralatan elektrik sekitar anda yang boleh memberi gangguan seperti televisyen, radio, ipad dan sebagainya. Pastikan suasana tempat tidur adalah selesa dan wangi supaya mendapat tidur yang berkualiti. Anda juga boleh memasang alunan zikir dan bacaan Al-Quran sebagai alternatif kepada lagu-lagu berentak perlahan kerana otak kita akan menyerap serba sedikit apa yang kita dengar sebelum tidur (subconsius mind activity).
*banyak lagi tips untuk memudahkan anda untuk tidur malam dan mengatasi insomnia. Semua ini akan saya kongsikan dengan anda secara percuma!

Hubungi saya segera seperti yang tertera di bawah:

Linda Ismail (SID 866459)
<3 email : sihatdengansaya@gmail.com
<3 Tel | SMS | Viber : 012-940 1604
<3 http://www.facebook.com/SihatDenganSaya



*Insomnia sharpens your math skills because you spend all night calculating how much sleep you'll get if you're able to "fall asleep right now".

Sunday, March 17, 2013

Kurus, Sihat dan Yakin dengan Shaklee

Penurunan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah, dan juga bukanlah sesuatu yang sukar sekiranya dilakukan dengan kaedah yang betul dan disiplin diri.

Ketahui cara untuk menurunkan berat badan anda, iaitu dengan 3 langkah.

Langkah 1 : detox -> Herblax
Detox penting bagi mengelyarkan toksin berlebihan dalam badan. Mungkin ada yang pernah berdiet tapi tak nampak kesannya. Puncanya mungkin masalah detox. Bila toksin terlampau banyak, badan akan sukar untuk serap nutrient yang diambil samada daripada supplement atau diet harian.
*detox bagi ibu-ibu menyusu TIDAK DIGALAKKAN mengambil Herblax, alternatif lain adalah dengan pengambilan Alfalfa.

Langkah 2 : fat emulsifier -> Lecithin
Lecithin fungsinya semata-mata untuk memecahkan lemak berlebihan dalam badan dan perlukan medium pengangkutan untuk bawa keluar daripada badan. Oleh itu, lecithin perlu digabungkan dengan detox product bagi memudahkan lemak disingkirkan dari badan.

Langkah 3 : protein -> ESP / Cinch
Protein penting untuk pelihara OTOT dalam badan. Perasan tak ada orang yang berat badan turun tapi badan flabby ( menggeleber). Orang yang macam ni, yang turun tu bukan berat tapi kehilangan otot. Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak.
*pengambilan Cinch TIDAK DIGALAKKAN bagi ibu-ibu menyusu.

"SAYA BERJAYA TURUN 10kg DALAM 3 HARI!" bukanlah sesuatu yang membanggakan kerana mengganggu fisiologi badan.

Dapatkan khidmat nasihat dan tips hebat tentang penurunan berat badan daripada saya.
Linda Ismail (SID : 866459)
Tel | sms : 0129401604
email : sihatdengansaya@gmail.com
Facebook : www.facebook.com/SihatDenganSaya

Sekiranya anda mengalami kekangan kewangan, jangan ragu-ragu untuk dapatkan harga hebat dan jimat daripada saya!



Friday, February 1, 2013

Tambah Keyakinan Diri Bila Kurus Dan Sihat

Asas untuk turunkan berat badan serta singkirkan lemak pada badan:

Detox + Fat Emulsifier + Protein

Kenapa perlu detox?
Detox penting untuk mengeluarkan toksin berlebihan dalam badan.Mungkin ada yang pernah berdiet tapi tak nampak kesannya. Puncanya mungkin masalah detox. Bila toksin terlampau banyak, badan akan sukar untuk serap nutrient yang diambil samada daripada supplement atau diet harian.

Susunan terbaik Fiber > Herblax > Alfalfa ..Fiber dan herblax TIDAK DIGALAKKAN untuk IBU MENYUSU jika diambil harian. So, cara pemakanan perlu diubahsuai untuk bf mommy. 2-3 kali seminggu ke..Antara ketiga-tiga product tu, Fiber paling powerful setanding dengan harganya la kan. Alfalfa paling slow sekali.

Diet yang berjaya bukan bermakna “SAYA TURUN BERAT 10KG DALAM SEBULAN”..Itu sebenarnya diet paling tak berjaya..Saya boleh jamin yang orang tu akan rebound balik.

Kenapa Lecithin perlukan Detox Product?
Lecithin fungsinya semata-mata untuk memecahkan lemak berlebihan dalam badan dan perlukan medium pengangkutan untuk bawa keluar daripada badan. Oleh itu, perlu suggest ambil lecithin dengan combination produk di atas.

Kepentingan Protein?
Protein penting untuk pelihara OTOT dalam badan. Perasan tak ada orang yang berat badan turun tapi badan flabby ( menggeleber). Orang yang macam ni, yang turun tu bukan berat tapi die kehilangan otot. Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak. Sebab tu kalau tengok penerangan tentang Cinch Shake, antara point yang ditekankan adalah pemeliharaan otot semasa diet.

Untuk Ibu menyusu, sarankan pengambilan ESP ( Energizing Soy Protein) daripada Cinch Shake sebab kalori cinch sangat rendah dan dikhuatiri membantutkan pertumbuhan anak-anak.

Jadi, perlukah saya ambil kesemua product?
TERBAIK adalah ambil semua tapi kita faham yang ada alami masalah bajet. Untuk mereka ini, boleh mulakan samada dengan herb-lax+lecithin atau fiber+lecithin dulu. Selepas berat badan mula turun, boleh tambah protein. Saya selalu suggest ikut bajet customer sebab tidak mahu membebankan.

Few tablets a day, made my fat go away :)

Hubungi saya untuk lebih banyak tips kesihatan dan konsultasi percuma.
Linda Ismail (ID:866459)
email : sihatdengansaya@gmail.com
sms|whatsapp : 0129401604
http://www.facebook.com/sihatdengansaya

Friday, October 19, 2012

ESP - Energizing Soy Protein

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
  • Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
  • Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...