Hari ini aku tertinggal handphone kat rumah.
Hari ini aku rasa macam kosong.
Hari ini aku blur.
Kenapa?
Sebab hilang satu punca komunikasi.
Sebab hilang satu konsentrasi dan timbul satu konspirasi, ahaks!
Sebab aku rasa tiap-tiap hari aku memang blur dek kerabunan mata yang semakin memuncak, cis...
Monday blues maybe...
.
.
.
.
.
Aku rasa macam aku terpaksa nekad.
Aku nak mulakan semula berniaga, tapi apa yang aku nak niagakan?
(tiap-tiap hari pun fikir macam tu, tak sudah-sudah)
Berniaga di uptown; jual baju bundle sudah, jual popcorn sudah...
Untung tak?
Alhamdulillah, popcorn tu memang sangat laku.
Sebab tukang jualnya sangat cute! Siapa lagi nak puji, pujilah diri sendiri, kan?
Baju bundle, waktu mula-mula jual memang laku.
Sebab tak ramai yang jual baju bundle pompuan, baju preggy...
Bila dah maju, ramai pulak yang mengikut.
Kena pulak lokasi kurang strategik, terus merudum.
Berniaga kuew teow (macam-macam versi orang eja, aku bantai aje) pun sudah.
Macam ulat lampu orang hurung gerai kitorang kat pasar malam dulu.
Sedap ke? Err...yang nyatanya kalau En Suami yang masak, gerenti ramai orang kerumun!
Tapi ikhlas cakap, dia masak sedap... (habisla kembang segala yang boleh dikembangkan!)
Supply peralatan pejabat pun sudah.
Tapi asyik kena tiiiipuuuuuu aje.....fed up lah aku!
Sekarang aku nak minimize segala kos kalau berniaga.
Aku nak buat online business...
Masih mencari apa yang sesuai...
Aku nak lakukan segera.
Aku dah malas hidup di sekeliling manusia hipokrit.
Manusia yang sering menuding kesalahan orang lain, walhal dirinya pun turut melakukan perkara yang sama.
Manusia yang sering menunjukkan dirinya lebih bagus daripada orang lain.
Manusia yang sering menjaja cerita supaya dirinya tampak lebih hebat.
Manusia yang suka menjatuhkan maruah orang lain.
Kat mana-mana pun ada manusia macam ni.
Cuma aku dah penat berurusan dengan orang macam ni lah!
Monday blues, confirmed!
6 comments:
on line business pun ok gak...
tapi, cuma tak faham camner nak buat transaksi dan delivery... ko ada idea camner nak buat?
ada...
member-member aku ramai yang buat, ramai yang sudi ngajar...
cuma tak tahu apa yang best nak jual...
janji barang bukan jenis boleh basi!
tak perlu storage...
hmm...
tempoyak dan belacan memang dah sah tak bleh, ye dak?
awal-awal pejabat pos reject aeron oooii
aku ada terfikir nk business frozen foog tapi nak pi kursus segala malas.
buruk eh perangai..?
.
tas,
kalau frozen food, aku pernah pegi kursus tu kat mardi dulu.
kalau interested, bgtau...kawan aku kat sana lagi.
takdela buruk sangat, heh...
Post a Comment