I Will Follow You...

Tuesday, February 25, 2014

Gandakan BR1M Anda!

Lai lai lai - Double Your BR1M!


1 botol = 180 tablets

Boleh tahan untuk 6 bulan!

Serendah RM15 je sebulan...


Duit BR1M = RM650

Boleh beli promo set buy 6 free 1, hanya untuk bulan ini.

Boleh jadi ahli serendah RM75 seumur hidup.

Siap ada baki lagi.

Guna sebagai modal, generate income dengan set promo. Dapatlah RM195 lebih kurang.


Duit BR1M pun bertambah!

Beranak-pinak lagi!

Bolehla guna bertahun-tahun.


Nak tahu caranya?

Jom hubungi saya...


Linda

0129401604

fb.com/SihatDenganSaya

Monday, February 24, 2014

Baby Wrapping

Ok.

Serius aku kagum.
Tak sempat nak amik video.
How did the sister place, wrap and carry her lil brother on her back.
Lepas tu baru dia alihkan ke depan.

Ok.

Amazing.
Aku sendiri tak reti wrap macam tu.
Sebab tu jugak aku pilih Ergo.

Senang.

Buckle up and go.
Aku tak reti nak sling, tak reti nak wrap.
Paling penting, aku tak yakin bila nak wrap, takut jatuh.

Ok.

Aku terkesima.
Inilah realiti kehidupan budakbudak Myanmar kat sini.

Monday, February 17, 2014

Bahaya Susu Formula kepada Bayi

Saya seorang ibu, saya cuba berikan yang terbaik untuk anak saya.
Saya juga pernah berikan susu formula kepada anak saya atas kejahilan saya tentang penyusuan susu ibu.


Tetapi seorang tetamu yang hadir menziarahi saya genap seminggu saya berpantang membuatkan saya tersedar keburukan susu formula.
Saya nekad, berikan yang terbaik kepada anak saya.

Kala itu, breastpump masih lagi agak mahal, tak seperti sekarang di mana pelbagai jenama, pelbagai fungsi dan harga yang menarik boleh didapati. Saya gigih membaca kaedah penyusuan yang betul, cara membanyakkan air susu dan pelbagai lagi cara saya lakukan hingga saya hampir putus asa.

Push factor saya:
1. kata-kata azimat daripada Dr Suhaimi Isa "kalau ibu give up, baby akan give up"
2. anak saya mengalami incomplete intestine dan saya mesti berusaha berikan dia susu ibu agar dia cepat sembuh

Alhamdulillah.
Usaha saya membuahkan kejayaan.
Semenjak itu, saya telah menggunakan lebih daripada 12 jenis pam pelbagai jenama. Yang tidak digunakan, saya jual.

Saya mencuba pelbagai suplemen dan milk booster.
Sekarang saya tahu apa milk booster yang sesuai dengan saya.

Saya pilih SHAKLEE.
Kenapa?
Betulkah Set menyusu SHAKLEE boleh banyakkan susu?
Efektifkah set menyusu itu?

TOLONG!
Betulkan minda anda.
Fahami konsep penyusuan.
Fahami kegunaan suplemen dalam membantu penyusuan.
Gabungkan keduanya, anda akan mendapat hasil yang anda perlukan.

Dapatkan nasihat daripada pengedar yang betul.
InsyaAllah, saya sentiasa kongsikan pengalaman pahit getir saya dalam menyusukan ketiga-tiga permata hati saya.

Sekadar nukilan dari hati seorang ibu...
Linda
012-9401604

Wednesday, January 22, 2014

Oh! Kelemumur membiak di kepalaku!

photo credit to Google

Dengar je dah geli
Nampak je dah geleman
Pegang je dah tak tentu hala
Inikan pula bila kelemumur orang terkena pada kita

Pernah tak naik LRT atau bas, sedang berhimpit-himpit tu, ada pulak yang garu-garu kepala, tepuk-tepuk baju dan tiba-tiba nampak debu-debu putih berterbangan ke arah kita?

Apa reaksi anda?

Nak jerit, malu.
Nak tutup hidung, muka, badan...rasanya tak cukup tangan nak cover semua tubuh badan kita yang comel lote tu.

Geli geleman tak?

Eeeewwwwwwwww!!!! Itu je mampu saya kata.



Situasi baru-baru ni buat saya rasa geli geleman yang terlampau. Saya di surau waktu tu (tak perlu saya nyatakan surau mana la ye). Kebetulan hari tu saya berbaju hitam ala-ala cerita Wanita Bertudung Hitam cumPerempuan Melayu Terakhir.

Sedang saya duduk di lantai surau dan berkemas, ada seorang kakak sebelah saya ni bukak tudung dia dan kibaskan. Nak dijadikan cerita, saya pun nampak lah debu-debu halus ni berterbangan dan bertaburan atas baju dan seluar saya.

Ya Allah...gelinyaaaaaaaaa...lepas tu dia kibas-kibaskan rambut pulak! Saya tak sempat nak lari dah, datang lagi debu-debu gelombang kedua ke arah saya. Terkedu saya sebentar. Di rambutnya, ternampak serpihan putih yang berterabur dan sah-sah itu KELEMUMUR!

Wahai kaum wanita, bertudung tidak bermakna kita tidak perlu menjaga kebersihan rambut. Malahan, Islam sangat menuntut umatnya menjaga kebersihan tanda peribadi kita. Mungkin bagi kita, kelemumur itu dapat dilindungi dengan hijab di kepala. Namun fikirkanlah akibatnya bila kita bukak hijab itu di khalayak ramai terutamanya ketika hendak solat. Masya Allah, saya jamin orang sekeliling pun akan menyumpah dan sekaligus mengundang dosa mengumpat dan mengeji anda.

Saranan saya, jagalah kebersihan rambut kita; bukan sekadar luaran.
Perlukan tips merawat kelemumur?
Jangan lupa ikuti entri saya yang seterusnya ya!

Salam Sayang,
Linda
012-9401604 (sms/whatsapp)
fb.com/SihatDenganSaya

Monday, January 20, 2014

Tukang urut best!

Baru lepas #urut #tradisional super sedap import khas dari ipoh!

Sesiapa yang selalu gi urut & komplen tak terasa, dengan Kak Ina confirm korang booking setahun in advance! 

Serius! Sangat sedap! Lega giler! Badan rasa ringan ajer...

Lokasi Ipoh/Kuala Lumpur : urut di rumah sendiri 
Caj promo : RM60 utk sejam setengah (harga tak termasuk pengangkutan)
*KL hanya pada hari Isnin sahaja...sapa cepat dia dapat!

Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut...
Linda

*tidur lena la jawabnya malam ni jangan sampai tak gi keje esok :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...