I Will Follow You...

Showing posts with label TIPS KESIHATAN BAYI. Show all posts
Showing posts with label TIPS KESIHATAN BAYI. Show all posts

Monday, February 17, 2014

Bahaya Susu Formula kepada Bayi

Saya seorang ibu, saya cuba berikan yang terbaik untuk anak saya.
Saya juga pernah berikan susu formula kepada anak saya atas kejahilan saya tentang penyusuan susu ibu.


Tetapi seorang tetamu yang hadir menziarahi saya genap seminggu saya berpantang membuatkan saya tersedar keburukan susu formula.
Saya nekad, berikan yang terbaik kepada anak saya.

Kala itu, breastpump masih lagi agak mahal, tak seperti sekarang di mana pelbagai jenama, pelbagai fungsi dan harga yang menarik boleh didapati. Saya gigih membaca kaedah penyusuan yang betul, cara membanyakkan air susu dan pelbagai lagi cara saya lakukan hingga saya hampir putus asa.

Push factor saya:
1. kata-kata azimat daripada Dr Suhaimi Isa "kalau ibu give up, baby akan give up"
2. anak saya mengalami incomplete intestine dan saya mesti berusaha berikan dia susu ibu agar dia cepat sembuh

Alhamdulillah.
Usaha saya membuahkan kejayaan.
Semenjak itu, saya telah menggunakan lebih daripada 12 jenis pam pelbagai jenama. Yang tidak digunakan, saya jual.

Saya mencuba pelbagai suplemen dan milk booster.
Sekarang saya tahu apa milk booster yang sesuai dengan saya.

Saya pilih SHAKLEE.
Kenapa?
Betulkah Set menyusu SHAKLEE boleh banyakkan susu?
Efektifkah set menyusu itu?

TOLONG!
Betulkan minda anda.
Fahami konsep penyusuan.
Fahami kegunaan suplemen dalam membantu penyusuan.
Gabungkan keduanya, anda akan mendapat hasil yang anda perlukan.

Dapatkan nasihat daripada pengedar yang betul.
InsyaAllah, saya sentiasa kongsikan pengalaman pahit getir saya dalam menyusukan ketiga-tiga permata hati saya.

Sekadar nukilan dari hati seorang ibu...
Linda
012-9401604

Tuesday, September 17, 2013

Berapa banyak susu diperlukan oleh bayi baru lahir?

Kenapa Ibu-Ibu campur susu formula dengan Susu Ibu?
Atau, kenapa ibu-ibu putus asa untuk menyusukan anak sepenuhnya?

Inilah antara jawapan yang sering kita dengar,
a. "akak dah bagi susu, tapi asyik menangis je, susu tak cukup la tu"
b. "susu akak sikit sangat, sian anak tak puas minum"
c. "susu tak cukup, anak kerap bangun nak menyusu je"
d. "susu keluar setitik dua je, mana nak cukup!"
e. "orang katil sebelah tu, memancut-mancut susu dia, sebab tu anak dia kenyang. anak akak nak minum sesudu pun takde"

Erk! Sebelum kita buat kesimpulan yang susu kita tak cukup, anak lapar, anak tak tidur, anak merengek dan macam-macam alasan lagi, JOM kita kaji dulu berapa besar perut bayi yang baru lahir dan berapa jumlah susu yang diperlukan oleh bayi tersebut.

Kita sering membandingkan hasil susu sendiri dengan orang lain. Mungkin ada di antara kita yang SANGAT bernasib baik sehingga susunya melimpah ruah sampai terlebih-lebih. Kita pula, nak pam pun susah apatah lagi nak buat stok.

Jangan risau...yang terlebih susu tu mungkin dah cara anak dia yang perlukan susu yang banyak. Mungkin anak kita perlukan jumlah yang sedikit sesuai dengan tubuh badan anak. Harus kita ingat yang susu ibu mudah dihadam kira-kira setiap 2jam manakala susu formula pula boleh tahan berjam-jam lamanya dan menyebabkan anak kenyang dan tak terjaga dari tidur.

Sentiasa ingat konsep penyusuan, "Supply vs Demand".

Lebih banyak kita menyusukan bayi, lebih banyak susu yang dihasilkan kerana signal yang dihantar ke otak bagi menghasilkan susu yang lebih banyak bagi menampung keperluan bayi tersebbut.

Namun, ibu-ibu yang menyusu selalunya akan mengalami keletihan melampau. Mana tidaknya, rumahtangga pun perlu diuruskan tak termasuk anak-anak yang lain (jika ada) serta suami yang perlu dilayan. Bagi mengelakkan masalah ini, kami menyarankan agar ibu-ibu mendapatkan suplemen bagi menampung nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan dalam melaksanakan tugasan harian.

Ibu yang sihat dan bertenaga dipercayai mampu mendapat susu yang lebih banyak dan lebih berkualiti disebabkan hormon yang lebih baik.

******************************
Nak tahu rahsianya?

Hubungi saya untuk penjelasan lebih lanjut:
Linda Ismail (866459)
012-9401604
sihatdengansaya@gmail.com
sihatdengansaya.blogspot.com
http://www.facebook.com/SihatDenganSaya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...