I Will Follow You...

Showing posts with label ZINC. Show all posts
Showing posts with label ZINC. Show all posts

Wednesday, January 22, 2014

Oh! Kelemumur membiak di kepalaku!

photo credit to Google

Dengar je dah geli
Nampak je dah geleman
Pegang je dah tak tentu hala
Inikan pula bila kelemumur orang terkena pada kita

Pernah tak naik LRT atau bas, sedang berhimpit-himpit tu, ada pulak yang garu-garu kepala, tepuk-tepuk baju dan tiba-tiba nampak debu-debu putih berterbangan ke arah kita?

Apa reaksi anda?

Nak jerit, malu.
Nak tutup hidung, muka, badan...rasanya tak cukup tangan nak cover semua tubuh badan kita yang comel lote tu.

Geli geleman tak?

Eeeewwwwwwwww!!!! Itu je mampu saya kata.



Situasi baru-baru ni buat saya rasa geli geleman yang terlampau. Saya di surau waktu tu (tak perlu saya nyatakan surau mana la ye). Kebetulan hari tu saya berbaju hitam ala-ala cerita Wanita Bertudung Hitam cumPerempuan Melayu Terakhir.

Sedang saya duduk di lantai surau dan berkemas, ada seorang kakak sebelah saya ni bukak tudung dia dan kibaskan. Nak dijadikan cerita, saya pun nampak lah debu-debu halus ni berterbangan dan bertaburan atas baju dan seluar saya.

Ya Allah...gelinyaaaaaaaaa...lepas tu dia kibas-kibaskan rambut pulak! Saya tak sempat nak lari dah, datang lagi debu-debu gelombang kedua ke arah saya. Terkedu saya sebentar. Di rambutnya, ternampak serpihan putih yang berterabur dan sah-sah itu KELEMUMUR!

Wahai kaum wanita, bertudung tidak bermakna kita tidak perlu menjaga kebersihan rambut. Malahan, Islam sangat menuntut umatnya menjaga kebersihan tanda peribadi kita. Mungkin bagi kita, kelemumur itu dapat dilindungi dengan hijab di kepala. Namun fikirkanlah akibatnya bila kita bukak hijab itu di khalayak ramai terutamanya ketika hendak solat. Masya Allah, saya jamin orang sekeliling pun akan menyumpah dan sekaligus mengundang dosa mengumpat dan mengeji anda.

Saranan saya, jagalah kebersihan rambut kita; bukan sekadar luaran.
Perlukan tips merawat kelemumur?
Jangan lupa ikuti entri saya yang seterusnya ya!

Salam Sayang,
Linda
012-9401604 (sms/whatsapp)
fb.com/SihatDenganSaya

Friday, September 13, 2013

Set Kesuburan Shaklee Untuk Suami Dan Isteri



Vitamin Kesuburan Shaklee bukan sahaja meningkatkan kesuburan TETAPI juga :

# memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, & pelekatan telur
# mematangkan ovum untuk memudahkan proses persenyawaan
# bantu sperma hidup lebih lama sehingga 5 hari di tiub Fallopio
# hasilkan servikal mukus yang berkualiti & subur
# menstabilkan hormon
# menguatkan rahim
# menghasilan sperma yang sihat
# melancarkan aturan haid supaya lebih teratur
# membekalkan nutrisi lengkap yang diperlukan dalam badan sebagai persediaan hamil
# mengecutkan CYST / FIBROID / ENDOMETRIOSIS

PAKEJ 1 :

(anggaran penggunaan sehingga 3 bulan)
Harga Jualan :
RM328.75 (Semenanjung Malaysia)
RM341.75 (Sabah dan Sarawak) 
 
Pakej 1 mengandungi produk seperti berikut:
1. ESP (850g)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. 

2. B Complex (120 tablet)
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral.

3. Zinc Complex (120 tablet) 
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.
 
4. GLA Complex (60 capsules)
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).



PAKEJ 2 :

(anggaran penggunaan sehingga 1 bulan)
Harga Jualan :
RM274 (Semenanjung Malaysia)
RM285 (Sabah dan Sarawak) 



Pakej 2 mengandungi produk seperti berikut:
1. ESP (850g)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. 

2. CoQ Health Plus (30 capsules)
Co-Enzyme Q10 dipercayai dapat mengatasi masalah kesuburan lelaki dan wanita kerana mampu menguatkan keupayaan sperma serta mempertingkatkan kualiti ovum. CoQ daripada Shaklee adalah berbeza daripada produk lain di pasaran kerana mengandungi Vitamin E dan juga ekstrak teh hijau manakala kebanyakan produk terhasil daripada tembakau. 
*Awas: Wanita mengandung dan menyusukan anak serta kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dinasihatkan merujuk dengan pakar sebelum mencuba produk ini.




Friday, March 1, 2013

AUDIT KUKU ANDA



Hari ni belek-belek kuku.  Dah lama tak buat manicure dan pedicure semenjak kuku saya semakin sihat dan berkilau.

Kuku yang sihat kebiasaannya berwarna merah muda. Warna dan tanda-tanda pada kuku juga kadangkala digunakan untuk mendiagnosis pesakit.
Berikut 10 tanda-tanda pada kuku yang berkemungkinan menunjukkan masalah pada kesihatan.

  1. Kuku berwarna putih: Penyakit hati seperti hepatitis.
  2. Kuku kekuningan, tebal dan tumbuh dengan perlahan: Penyakit paru-paru seperti emfisema.
  3. Kuku kekuningan dengan sedikit merah pada dasarnya : Diabetes.
  4. Kuku berwarna separuh putih dan separuh merah jambu : Penyakit buah pinggang.
  5. Dasar kuku (nail beds) berwarna merah: Penyakit jantung.
  6. Dasar kuku pucat atau berwarna putih: Anemia.
  7. Permukaan kuku berlekuk: Psoriasis atau keradangan arthritis.
  8. Clubbing – penebalan tisu-tisu pada dasar kuku: Penyakit paru-paru.
  9. Garisan merah tidak sekata pada dasar lipatan kuku (nail fold): Lupus atau penyakit tisu penyambung.
  10. Garisan hitam di bawah kuku : Melanoma.


Cuba lihat kuku anda. Ada tak kuku anda mengalami tanda-tanda di atas ?
Kalau tiada, Alhamdulillah...amalkan minum air masak secara berterusan agar toksin dapat dibuang dari badan dan menjamin kesihatan kita.

Tips Penjagaan Kuku
  1. Jangan salah gunakan kuku. Untuk mencegah kerosakan, jangan gunakan kuku sebagai alat untuk mencungkil, menebuk, atau mengumpil sesuatu.
  2. Jangan gigit kuku anda atau mengorek kutikel. Perbuatan ini boleh merosakkan isi kuku. Bahkan torehan yang kecil di hujung kuku akan membenarkan bakteria atau kulat masuk dan mengakibatkan jangkitan. Oleh sebab pertumbuhan kuku yang perlahan, kuku yang cedera meninggalkan kesan yang lama sehingga beberapa bulan.
  3. Lindungi kuku anda. Pakai sarung tangan yang selamat apabila menggunakan air sabun serta bahan kimia dalam jangka masa yang lama.
  4. Lakukan penyelenggaraan. Rapikan kuku dan bersihkan bahagian di bawah kuku selalu. Gunakan pengetip kuku yang tajam dan kertas emeri yang sesuai untuk melicinkan kuku. Jangan sesekali menarik kuku yang separa terpotong kerana melakukannya selalu boleh menyebabkan kulit terkoyak.
  5. Lembapkan kuku selalu kerana kuku juga perlu dilembapkan seperti kulit.

Kuku yang sihat juga boleh diperolehi daripada pemakanan yang betul.

Nak tahu bagaimana nak dapatkan kuku yang sihat dan berseri?
Jom, tanya saya sekarang dan InsyaAllah ada banyak tips kesihatan dan kecantikan yang boleh saya kongsikan bersama anda.

Linda Ismail (ID:866459)email : sihatdengansaya@gmail.comsms|phone|whatsapp : 012-940 1604facebook : www.facebook.com/sihatdengansaya 

Friday, October 19, 2012

Zinc Complex









Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.

Menyokong dan Memelihara Kesihatan yang Baik
Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.  Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sitemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...