I Will Follow You...

Showing posts with label SET MENYUSU. Show all posts
Showing posts with label SET MENYUSU. Show all posts

Wednesday, January 15, 2014

Betulke suplemen boleh banyakkan susu?

#ESP + #Alfalfa

Kombo terbaik untuk menyusukan budak kecik comey ni! 

Dengan anak sulung dulu, saya tak pedulikan sangat dengan milk booster sebab tak rasa penat sangat. Bila dah masuk anak yang kedua dan ketiga, dan usia menginjak lebih tua, production susu memang drop sangat! 

Q: Betulke kombo ni boleh banyakkan susu?
A: Oppss...jangan salah faham! Susu akan lebih banyak dan berkualiti bila badan lebih relax, happy dan bertenaga. Dengan kombo ni, badan saya lebih ringan bila ambil alfalfa dan lebih bertenaga dengan ESP.

Nak cuba? 
Jom hubungi/PM saya cepat tau!

Linda
012-9401604 (sms/whatsapp)
fb.com/SihatDenganSaya

Tuesday, September 17, 2013

Berapa banyak susu diperlukan oleh bayi baru lahir?

Kenapa Ibu-Ibu campur susu formula dengan Susu Ibu?
Atau, kenapa ibu-ibu putus asa untuk menyusukan anak sepenuhnya?

Inilah antara jawapan yang sering kita dengar,
a. "akak dah bagi susu, tapi asyik menangis je, susu tak cukup la tu"
b. "susu akak sikit sangat, sian anak tak puas minum"
c. "susu tak cukup, anak kerap bangun nak menyusu je"
d. "susu keluar setitik dua je, mana nak cukup!"
e. "orang katil sebelah tu, memancut-mancut susu dia, sebab tu anak dia kenyang. anak akak nak minum sesudu pun takde"

Erk! Sebelum kita buat kesimpulan yang susu kita tak cukup, anak lapar, anak tak tidur, anak merengek dan macam-macam alasan lagi, JOM kita kaji dulu berapa besar perut bayi yang baru lahir dan berapa jumlah susu yang diperlukan oleh bayi tersebut.

Kita sering membandingkan hasil susu sendiri dengan orang lain. Mungkin ada di antara kita yang SANGAT bernasib baik sehingga susunya melimpah ruah sampai terlebih-lebih. Kita pula, nak pam pun susah apatah lagi nak buat stok.

Jangan risau...yang terlebih susu tu mungkin dah cara anak dia yang perlukan susu yang banyak. Mungkin anak kita perlukan jumlah yang sedikit sesuai dengan tubuh badan anak. Harus kita ingat yang susu ibu mudah dihadam kira-kira setiap 2jam manakala susu formula pula boleh tahan berjam-jam lamanya dan menyebabkan anak kenyang dan tak terjaga dari tidur.

Sentiasa ingat konsep penyusuan, "Supply vs Demand".

Lebih banyak kita menyusukan bayi, lebih banyak susu yang dihasilkan kerana signal yang dihantar ke otak bagi menghasilkan susu yang lebih banyak bagi menampung keperluan bayi tersebbut.

Namun, ibu-ibu yang menyusu selalunya akan mengalami keletihan melampau. Mana tidaknya, rumahtangga pun perlu diuruskan tak termasuk anak-anak yang lain (jika ada) serta suami yang perlu dilayan. Bagi mengelakkan masalah ini, kami menyarankan agar ibu-ibu mendapatkan suplemen bagi menampung nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan dalam melaksanakan tugasan harian.

Ibu yang sihat dan bertenaga dipercayai mampu mendapat susu yang lebih banyak dan lebih berkualiti disebabkan hormon yang lebih baik.

******************************
Nak tahu rahsianya?

Hubungi saya untuk penjelasan lebih lanjut:
Linda Ismail (866459)
012-9401604
sihatdengansaya@gmail.com
sihatdengansaya.blogspot.com
http://www.facebook.com/SihatDenganSaya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...