I Will Follow You...

Tuesday, November 11, 2014

Menyampah Betul Dengan PenMerah [dot]com

Kali pertama aku ok lagi.
Kali kedua aku naik hangin.
Kali seterusnya naik hantu jawabnya la kan!

Bukan sekali PenMerah copy paste status facebook aku.
Dah la copy paste, tak bagi kredit satu hal.
Sebarkan berita palsu satu hal.
Aku dah suruh delete pun tak nak delete.

Siap lah.
Cerita tu dah masuk balai.
Kalau korang sebarkan lagi, silap haribulan korang pun dikira bersubahat.
Mujur aku dah hide status aku tu.

PenMerah.
Bukan sekali dua ko copypaste cerita kitorang.
Adakala aku rasa dah glamour macam Rozita Che Wan dan Zain Saidin dapat baby pulak!

Asyik-asyik korang nak stalk aku.
Asyik-asyik curi cerita hangat aku.
Apalah!
Tak ada kredibiliti langsung!

Kawan-kawan aku pun dah ramai terkena dengan ko.
Kesian la weh.
Taula korang nak naikkan rating LIKERS Page korang tapi malu la sikit.

Esok-esok ko merangkak la cari aku kat akhirat tau!

Monday, November 10, 2014

Laksa Sardin Pun Sedap Tau!

Akhirnya dah sekian lama teringin nak buat laksa, ada skill lagi rupanya tangan ni eh!

Berbekalkan bahan apa yang ada dalam peti ais, dan juga bunga kantan yang dah turun harga di pasaran, berjaya jugak buat laksa dan berjaya jugak dihabiskan dalam masa yang sama.
Siap dapat pujian SEDAP!

Yay!

Tapi biasa la kan.
Laksa nak cepat.
Guna sardin dalam tin aje.

Tempoh penyediaan laksa ni aku buat dalam 1 jam yang penuh dengan anak-anak main celah kaki, si kecik dok berdukung.
Kira terer la kan?

Apa-apa hal pun, kuah laksa ada sikit lagi.
Boleh pilih nak hirup atau nak keringkan lepas ni boleh buat inti kuih bom macam kat terengganu tu.
Tak pun campur tepung sikit satgi jadila cucur laksa!

Selamat makan!

Nak resipi, klik kat sini tau!
http://bit.ly/LaksaRingkas

Thursday, September 25, 2014

Cadar FROZEN untuk Anak-Anak Anda

Jom hiaskan bilik anak anda dengan CADAR FROZEN berkualiti dan selesa!



Single fitted : RM39.90
2 sarung bantal
1 cadar fitted
1 sarung bantal peluk


















Single fitted set : RM128.90
2 sarung bantal
1 cadar fitted
1 sarung bantal peluk
1 comforter

 
 













Queen fitted : RM69.90
4 sarung bantal
1 cadar fitted
1 sarung bantal peluk

 
 













Queen fitted set : RM169.90
4 sarung bantal
1 cadar fitted
1 sarung bantal peluk
1 comforter





















Langsir 2 panel : RM52.90

Postage 
RM10 semenanjung
RM20 Sabah Sarawak 


Hubungi nombor dibawah dengan segera!
Stok adalah TERHAD!

Linda
GLOBAL GEMILANG VENTURE
0129401604
sihatdengansaya@gmail.com

Sunday, May 25, 2014

RESIPI KEK COKLAT MOIST KUKUS YANG MUDAH DAN SEDAP

KEK COKLAT MOIST KUKUS
Bahan-bahan:

A)
3 biji telur
2 cawan gula
2 sudu makan esen Vanilla
*campur semua, blend sehingga kembang dan gula hancur

B)
1 peket Nescafe 3in1 (warna merah)
1 cawan air suam (bancuhkan Nescafe hingga larut)
1 cawan minyak jagung atau minyak biasa
1 cawan susu cair
*campurkan semua

C) 
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
*campur dan ayak 2-3kali

Cara-cara:
• Campurkan bahan A dan B.
• Tuang campuran perlahan-lahan dalam bahan C sedikit demi sedikit sehingga habis.
• Gaul dengan rata.
• Tuang ke dalam loyang yang disapu minyak.
• Kukus sehingga masak, anggaran selama 45 minit dengan api sederhana.
• Sejukkan sebelum meletak topping.

TOPPING CHOC FUDGE
Bahan-bahan:
1 sudu besar esen vanilla
3 sudu besar tepung jagung
2 cawan susu segar full cream Dutch Lady
7 sudu serbuk koko
6 sudu gula

Cara-cara:
• Campurkan semua bahan dan blend
• Masak menggunakan api yang perlahan dan sentiasa kacau kerana mudah hangit
• Letakkan topping di atas kek
• Hiaskan mengikut kreativiti masing-masing

Notakaki: Masaklah dengan penuh kasih sayang dan sentiasa berzikir. InsyaAllah kek akan lebih sedap dan sentiasa diingati oleh mereka yang memakannya.

Thursday, May 22, 2014

Berangkat Lagi

Berangkat lagi, entah kesekian kali.
KUL-BTU-KUL.
Setiap bulan, tak pernah miss.
Sehari, seminggu, berminggu-minggu.


4-wheelers, cabin size, lightweight.

Jenama entahpehapahapa.
VILONG Professional katanya.

Warna hitam.
Macam cantik je.
Macam comel je.
Tapi dah tak tahu rupa apa.
Tepek stiker sana, compang plastik sini.
Tak apalah, banyak baktinya pada kami.

Harga bukan ketika jualan murah, RM139.
Harga jualan murah, hanya sewaktu Tahun Baru Cina, RM19!
Hanya di Carrefour, oh sekarang AEON BIG namanya.

*maaf! Aku bukan duta produk.
Hanya berkongsi pengalaman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...