Dan aku adalah salah seorang daripada mereka sebab berjaya tidur sambil berdiri dalam tren.
Ramai gak manusia-manusia yang berjaya tidur berdiri tu rupanya ye. Maklumla, aku tak keje di celah kesibukan kota, tak merasa berhimpit dengan manusia. Biasanya aku berhimpit dengan kereta di jalanraya je.
Satu sebab kenapa mata ni nak tidur gak ialah:-
1. Aku cuma tidur 1 jam je malam tadi, gara-gara kes kecemasan dari jam 730 hingga 2 pagi pastu sambung masak untuk Muhd - bekal bubur nasi esok.
2.Aku tak larat nak menjadi saksi 2 insan bercinta depan aku yang dok asyik bermadu kasih, cium-cium sana, peluk-peluk sini...
Yang nyata, aku tak sempat buat homework lagi weh!!!
Sent from my iPhone
6 comments:
pesal apa tak ambik gambar post kat utube..?
Tak kose aku weh... Jarak less than 1 metre dr aku je
1 jam?
kalau aku dh sakit kepala dah tu..
.
terimakasih beekay
kerana tidak mengyoutubekan telatah mereka
juga kerana tetap menjalankan tanggungjawab dengan tekunnya
tapi terimakasih terutama kerana masak bubur untuk muhd, ilove you mom.
sebelum orang tanya kenapa terimaksih untuk tak youtubekan,
cukuplah keaiban yang ada dalam youtube..
Salam
TM,
mmg tahap gaban punye penin nih...
Telinga plak berdengung jer... :(
AZANI,
ya betul, terlalu banyak aib, terlalu banyak yang anak-anak zaman sekarang boleh tengok free je...
Nak salahkan sapa????
Bila ramai kena tangkap khalwat, siapa perlu disalahkan?
Bila ramai buang anak, siapa perlu dipersalahkan?
Bila kanak-kanak sebut mende yang tak sepatutnya, salah siapa lagi?
Btw, demi anak, kugagahkan bijik mata ni...
Post a Comment