I Will Follow You...

Saturday, May 21, 2011

Suami oh Suami_Part 2

Corat Coret Sana Sini: Suami oh Suami

Kesinambungan cerita di atas
Remuk rendam rasa dalam hati
Bila dah tahu siapa pengganti yang dicari

Suami oh suami
Rupanya kau main dengan api
Main cinta dengan orang yang sangat si isteri sayangi

Sangka si isteri
Baik si suami demi simpati
Rupanya udang di sebalik mi

Suami oh suami
Tergamak kau main cinta dengan adik si isteri
8 tahun cinta terjalin
Kau rewang sana sini
Si isteri tak pernah sangka buruk
Sebab kau dah lama kenal adik ipar ni

8 tahun bukan sekejap
Kalau kau dah lama tahu
6 tahun lalu patut kau buat keputusan
Antara teruskan pernikahan
Ataupun percintaan

Ya Allah
Semoga Kau permudahkan dugaan yang menimpamu
Semoga hari-hari mendatang dapat kau tempuhi dengan kesabaran
Semoga kau tabah, meskipun baru 3 minggu berpantang

3 comments:

secangkir madu merah said...

tumpang simpati dgn nasib kawan linda tu...

selalu kita tengok kesah begini berlaku hanya dlm drama di tv, rupa2nya kesah benar2 berlaku pun ada ya...iyalah kalau tak de kisah benar takkan adanya drama ya tak?

Linda said...

Betul tu kak, drama selalunya tempat orang luahkan kisah benar, walaupun selalunya akan ada disclaimer "kisah ini tiada kaitan sama ada yang hidup atau mati".

Entahlah kak, sebagai kawan rapat, saya sedih...

Sebab adik dia saya kenal dari belum tadika sampailah dah nak habis belajar. Keluarga kami dah macam adik beradik...saya sedih tak mampu buat apa2. Kawan tu pun taknak nyesakkan kepala mak dia, sebab ayah dia pn baru dapat bini nombor dua, 3 bulan lepas.

Dunia...dunia...

secangkir madu merah said...

kalau dah dinamakan lelaki ya..perempuan juga yg menjadi mangsa. Dia faham dgn kondisi emak dia yg lebih kurang senasib dgn dia, dan mungkin dia tidak mahu menambahkan lagi masalah yg mak dia tanggungkan? iyalah.. sangat kesihan..dia kena tabah dan kuat walaupun akak tau berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. Kita tak merasa tapi sebagai sahabat yg terdaya kita buat ialah nasihatkan dia agar bersabar..itu saja. betulkan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...