I Will Follow You...

Thursday, December 30, 2010

Piala AFF Suzuki : Laser di Malaysia dan Indonesia?


Hari tu waktu perlawanan pertama piala AFF Suzuki, penjaga gol Indonesia Markus naik angin sebab matanya kena pancaran laser sewaktu free kick diberikan kepada Malaysia.

Hakikatnya, setelah diselidik pancaran laser itu datangnya daripada penyokong Indonesia sendiri.

Malahan, penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi Che Mat turut mengalami perkara yang sama di Stadium Gelora Bung Karno Indonesia sewaktu penalty, sudut dan free kick dari Indonesia. Tapi dia tak la pulak mengamuk sakan sampai terhenti game tu. Malaysia cuba bersikap professional dan bersedia menghadapi apa jua keadaan baik di Malaysia mahupun di gelanggang lawan. Tahniah Malaysia!

Antara gambar penyokong Indonesia yang membanjiri stadium seawal jam 12 tengahari waktu Indonesia.










Ini pula notis yang digantung rentetan kes pancaran laser yang berlaku di Stadium Bukit Jalil Malaysia. (err, aku tak paham kenapa ada hambar cewek-cewek plak kat situ..huhu)

31 Disember cuti : apa kata anda?

Haha,,,aku call sorang kawan tadi. Dia kata bos dia marah gila kat team Malaysia sebab menang semalam. Huhuhu...dia kata lain kali biar kalah supaya tak ada cuti. tak adalah dia pening kepala nak susun balik production schedule.

Kata aku;
Horrayyyy...sebab minggu ni aku ada banyak masa untuk berkemas dan pindah rumah.


Lagi satu bagusnya cuti ni sebab tak adalah aku tersangkut dalam traffic jam kat MRR2 tu. Maklumlah, orang-orang KL ni jakun tengok bunga api. Malam nanti sesak le jalanraya tu. Tak kuasa aku nak keluar dan menambahkan statistic kereta di jalanraya.

Korang tak suka esok cuti???
Aku pedulik apa..janji aku suka..Hahahaha…

More on Piala AFF Suzuki : 'Bagai Medan Perang'

dipetik dari Harian Metro Online...

SUASANA di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta bagaikan medan perang ketika aksi final kedua Piala Suzuki AFF, malam tadi.
Hampir 95,000 penyokong Sang Garuda memenuhi setiap pelosok stadium itu untuk membentuk lautan merah manakala di luarnya pula enam layar gergasi disediakan untuk 100,000 peminat yang tidak mendapat tiket perlawanan.

Hampir 10,000 anggota keselamatan daripada pelbagai cabang yang lengkap bersenjata dan kereta perisai pula mengawal keadaan terutamanya di pintu masuk yang sering diasak peminat untuk memasuki stadium sehingga ada yang terpaksa disuraikan dengan semburan air.
Malah skuad kebangsaan yang memasuki stadium kira-kira jam 6 petang waktu Malaysia terpaksa ‘berperang awal’ apabila tiba diiringi dengan lima jentera itu bagi mengelakkan diganggu penyokong Indonesia.

Situasi di dalam stadium pula hiruk pikuk dengan sorakan penyokong Indonesia yang menyanyikan lagu rasmi skuad kebangsaan Indonesia ‘Garuda Di Dadaku’, diikuti dengan persembahan artis tempatan yang silih berganti.

Malah di segenap gelanggang terdapat pelbagai kain rentang yang digantung bagi membangkitkan semangat pemain Indonesia seperti Bangkit Sepakbola Indonesia Menuju Prestasi, Ayo Bambang (Pamungkas) Kamu Pasti Bisa, Timnas Lanjutkan Prestasi Mu Karena Kamu Bisa dan sebagainya.

Suasana bertambah gamat apabila ketua jurulatih kebangsaan K Rajagobal dan beberapa pegawai pasukan Malaysia masuk untuk memeriksa padang sebelum pada jam 7 malam waktu Malaysia, pemain kebangsaan memasuki padang untuk menjalani latihan ringan yang disambut dengan ‘boo’ penyokong Indonesia.

Perkara sebaliknya berlaku apabila pemain Indonesia memasuki padang yang diiringi dengan jeritan �ndonesia...Indonesia...Indonesia... untuk membangkitkan semangat pemain.

Bagi aku, game is still a game...standard la boo mengeboo ni kan? Take it positively, kita akan lebih bersemangat!!!

PM declare 31 Disember sebagai cuti umum

Dengar berita di radio pagi tadi and WHAT???

"PM isytihar 31 Disember sebagai cuti umum beikutan kemenangan skuad Harimau Malaya dalam piala AFF Suzuki malam tadi"


Macam tak percaya pulak! Rasanya this is the second time aku merasa public holiday due to victory in sports. First was during Piala Thomas and now Piala AFF Suzuki. Anyway, kejayaan ni sepatutnya diraikan oleh semua rakyat Malaysia kerana kesemua pemain termasuk jurulatih adalah 100% rakyat Malaysia.

Aku bangga!

Piala AFF Suzuki : Penyokong Malaysia Geram

aku petik dari Harian Metro hari ni.

KECEWA dengan lokasi tempat duduk dalam Stadium Gelora Bung Karno serta faktor risiko keselamatan, antara 150 hingga 200 penyokong Malaysia menonton dalam protes final kedua Piala Suzuki AFF di layar besar di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, malam tadi.
Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor, Mohd Nasir Yunus, 55, yang mengetuai rombongan penyokong pasukan bola sepak Malaysia, berkata kumpulan penyokong negara yang tidak ramai jumlahnya sudah menempah tiket di tempat duduk VIP, tetapi mereka diberikan tempat duduk di belakang gawang gol di pintu II.

Mereka juga diletakkan di tengah-tengah penyokong Indonesia dan berasa tidak selamat untuk berada dalam stadium menonton perlawanan bagi menyokong pasukan Malaysia.
“Kami amat kesal sekali. Kami berasa kami dianak tiri, disisih dan tidak diberikan keadilan sewajarnya. Setelah mengambil kira faktor keselamatan dan perbincangan dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia serta persetujuan anggota rombongan, kami mengambil keputusan menonton perlawanan itu dalam protes di Kedutaan Besar Malaysia,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Dewan Serbaguna Kedutaan Besar Malaysia.

Mohd Nasir berkata rombongan itu membabitkan kira-kira 60 penyokong yang datang dari Malaysia dan protes mereka itu turut disertai penyokong negara yang berada di Jakarta.

“Kumpulan kami tidak ramai, tidak ada masalah jika kami diberikan tiket di tempat duduk VIP,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...