I Will Follow You...

Friday, July 17, 2015

Homestay Tambun paling dekat dengan Lost World of Tambun dan Banjaran Hotspring

Apartment lengkap dengan perabot untuk sewaan jangka pendek berhampiran Lost World of Tambun.

Terletak bersebelahan D'Haven Residence, dan hanya kurang dari 3 minit memandu ke lokasi berikut:
• Lost World of Tambun
• Tambun Hot Spring
• Giant
• McDonalds
• Shophouses
• Clinic
• Maybank
Etc

3 queen sizes bed + 1 single bed
32" LCD TV + DVD player
Washing machine
Refrigerator
Cooking stove and gas
Cooking utensils

2D1N RM150
3D2N RM270
1 week RM600
1 month RM1500
*kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan tentang kadar sewaan bergantung kepada kesesuaian anda. 

Jom booking sekarang!

Thursday, January 15, 2015

Perginya Bonda Kepada Penulis Lirik UntukMu Ibu

Masih ingat entri yang aku kongsikan dulu tentang penulis lirik Satu Malaysia Satu Bahtera?

Takziah diucapkan buat seluruh keluarga Megat Ibrahim Megat Itam atas kehilangan Nenda Hajah Maryam, nenda kepada penulis lirik Satu Malaysia Satu Bahtera dan juga merupakan bonda kepada Allahyarham Megat Ismail, penulis lirik UntukMu Ibu, Fikirkan Boleh, Perempuan dan lain-lain lagi.

Tak sampai beberapa minit aku sedang Whatsapp dengan Kak Sue (Puteri Suraya) tentang wealth management, terus Kak Sue sampaikan khabar yang Pah Encik dah tiada lagi (itu panggilan kami pada nenda yang merupakan kakak ipar kepada nenda sebenar kami).

Waktu tu, Encik Suami baru je makan ubat cirit dan baru pasang IV drip untuk preparation ERCP esok. Terus aku gerakkan dia dan "lari sekejap" dari hospital untuk menziarah jenazah Pah Encik di Bangsar. 

Tak tipu, aku nangis.
Tak salah pun aku nangis.
Muhammad tanya kenapa aku nangis?
Aku jawap, "Nyang dah tak ada...kita ni pun tak tau bila Allah nak ambil nyawa"

10 Januari 2015, baru je aku jumpa Pah Encik di kenduri Megat Izham dan isteri, Dr Hajar. Memang ketara Pah Encik tak berapa sihat. Dia pun dah tak berapa cam muka aku. Paling sedih, bila dia tanya, kenapa mama dah tak jenguk dia?

Ya.
Mama antara yang sangat kerap jenguk dia kat sana.
Secara tak langsung, dari aku kecik sampai besar aku selalu sangat jenguk dia kat sana sebab temankan mama.

Mama belum balik dari Scotland. Dua minggu lagi mama akan balik, dan memang dah terdetik di hati nak bawa mama ke rumah Pah Encik.

Apakan daya, Allah telah merancang sebaik-baiknya.

Pah Encik pergi dalam keadaan berwuduk dan baru lepas menunaikan solat Maghrib. Mudahnya dia "pergi" tatkala itu ditemani dengan anak dan cucu. Alhamdulillah juga Dr Hajar ada di rumah dan dialah yang isytiharkan "Time of Death", baru dua minggu bergelar pengantin baru...

Aku ziarah sekejap aje. 
Esok Muhammad punya first day at school.
Esok juga Encik Suami akan jalani prosedur ERCP.
Esok juga jenazah akan dikebumikan, aku hanya doakan dari jauh...

Lagu UntukMu Ibu ni, aku tujukan khas untuk mereka yang masih punyai ibu. Hargailah ibu selagi hayatnya masih ada.

Sungguh, lirik lagu yang Ayah Chor tulis ni sangat menyentuh jiwa aku tatkala ini...

Untuk Mu Ibu 

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu...

Exist (Rahim Othman / Megat Ismail Megat Ibrahim)

إِنَّا لِلهِ وٓإِنّٓا إلٓيْهِ رٓاجِعُون ... ألْفٓاتِحهْ

Friday, November 14, 2014

Kenangan Mengusik Jiwa

Teringat zaman sekolah, few years back.
*tak boleh bagitau tahun bila, terasa sangat dah tua!

Kami 4 sepupu belajar di Sekolah Asrama yang sama.
Maklumlah, semua pelajar cemerlang Negeri Perak!
*angkat bakul sekejap ok!

Aku lebih rapat dengan Kak Fieza.
Dari kecik dah duduk sama.
Sekolah rendah sama kat Kuala Kangsar.
Sekolah menengah apatah lagi!
Keluar masuk dorm aje nampak muka dia.
Hihi.

Bila adik-adik sepupu dah masuk, yang paling kecik tu pendiam sikit.
Tapi berkat diam-diam dia tu, kira hebat la aku rasa si Aina sebab buat persembahan violin secara solo depan Tun Dr Mahathir!
Live disaksikan seluruh rakyat Malaysia time tu.

Yang kakaknya low profile tapi sangat berseni.
Anith ni kakak sulung, aku pulak anak bongsu.
Bonding kitorang dah macam aku kakak, dia adik.
Manja ya amat dia tu.
Aku pulak garang ya amat!
*ye, masih garang sehingga hari ini.

Yang paling tak boleh lupa, time mandi.
Especially lepas riadah petang.
Sapa mandi lambat, confirm takde ayor!
Semua berebut nak mandi, yang berlumpur satu badan la, yang lenjun dan macam-macam lagi la kekdahnya.

Kalau junior, ada can mandi awal.
Dah jadi senior, hmmm..kalau masuk dewan makan bau macam kerbau tu taule mandi ke tak!

Alkisah.
Anith kan junior.
Setiap kali mandi petang, aku dah siap letak bakul mandi aku kat dalam baldi dia.
Nanti dia akan 'beratur'kan bakul aku tu, bajet-bajet lepas 3-4 orang lepas dia.
Itu la untung jadi senior, kan?
Tapi aku takde la sampai kes buli 'singlet hitam' tu!

Apa-apa pun, memang banyak kenangan zaman sekolah yang kalau dikenangkan rasa macam sweet aje..
Hehe.

Nah! Belanja satu gambar!
Kredit kepada page FB : Friends of BN

Thursday, November 13, 2014

Lagi Cerita Penipuan Syawal dan Naza

Amik korang.
Akhirnya masuk Utusan Malaysia hari ni.

Semoga Allah ampunkan dosa korang tipu duit orang lain.

Utusan Malaysia, 13 November 2014

KUALA LUMPUR 12 Nov. - “Pakar penipu abad ini”. Itulah gelaran yang diberikan oleh sekumpulan individu kepada sepasang suami isteri yang didakwa telah memperdaya mereka hingga mengakibatkan kerugian puluhan ribu ringgit setiap seorang dalam urusan pelancongan, pengambilan pembantu rumah, penjualan telefon pintar dan produk kecantikan.
Lebih mengejutkan, kebanyak­an mangsa pasangan berusia lingkungan 30-an itu terdiri daripada golongan profesional seperti doktor dan peguam malah ada yang berpangkat Datuk.
Seorang mangsa, Datuk Ray Imran mendakwa, terdapat lebih 50 laporan polis dibuat terhadap pasangan dikenali sebagai Naza dan Sya itu di seluruh negara yang dikesan melakukan kegiatan tersebut sejak 2009.
“Mangsa-mangsa kini telah membuka satu kumpulan di Facebook bagi mendapatkan maklumat tentang kegiatan penipuan itu dan seterusnya ingin membawa pasangan berkenaan ke muka pengadilan.
“Setakat ini, kita mengetahui terdapat 15 kes penipuan dengan jumlah kerugian sebanyak RM460,162 telah berlaku melibatkan pelbagai urusan perniagaan,” katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini semalam.
Ray mendakwa, pasangan berkenaan akan mengambil bayaran pendahuluan untuk setiap urusan dan memberi pelbagai alasan setelah gagal menyediakan apa yang dijanjikan.
“Mereka juga mengugut mangsa sekiranya didesak untuk mendapatkan kembali wang setelah janji gagal ditunaikan,” ujarnya yang kerugian kira-kira RM24,000 dalam urusan pembelian 21 unit iPhone 6.
Menurut Ray, mangsa-mangsa juga kini mula mengetahui pasangan itu mengguna beberapa nama serta sering berpindah rumah.
Seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Yani mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM97,836 setelah pasangan tersebut gagal menyediakan beberapa tiket penerbangan ke pelbagai destinasi seperti ke London, United Kingdom, Perth, Australia dan Padang, Indonesia.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/awasi-pasangan-penipu-1.24080#sthash.mCI2PWDe.dpuf

“Saya turut diperdaya sebanyak RM2,500 kerana mereka menjanjikan untuk mendapatkan dua orang pembantu rumah,” ujarnya.
Turut menerima nasib sama ialah sekumpulan pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak yang kerugian sebanyak RM65,045 akibat pasangan itu gagal menyediakan sebanyak 31 tiket penerbangan ke London pada 2010.
Selain itu, seorang peguam yang mahu dikenali sebagai J berkata, beliau turut menerima ugutan bunuh kerana menuntut wang berjumlah RM15,000 selepas pasangan itu tidak menyediakan tiket pener­bangan ke Korea untuk 20 orang seperti dijanjikan.

Wednesday, November 12, 2014

Mangsa Penipuan Sindiket Syawal & Naza

Dahsyat diorang ni.
Dah beratus ribu duit orang diorang ni kebas.
Makcik saya pun dah terkena.
Baru lagi, 19 Oktober lepas.

Diorang nak bercuti di Perth.
Ambil tiket dengan Syawal & Naza.
Alih-alih, tiket tak ada.
Ground tour semua dah bayar.
Nak tak nak, beli tiket on the spot!

Hari ni keluar dalam The Rakyat Post.
Esok akan keluar dalam Utusan Malaysia.

Dah 52 repot polis, 3 waran tangkap.
Tapi diorang ni macam tak ada kisah apa pun.
Hairan bin Ajaib!

Untuk elak kena tipu, atau nak buat repot dah tertipu.
Jom join kelab mangsa ni...

Tapi beli vitamin dengan saya, InsyaAllah tiada penipuan ye!

Nak Beli, boleh ke kedai vitamin saya tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...