I Will Follow You...

Showing posts with label marmet. Show all posts
Showing posts with label marmet. Show all posts

Thursday, September 13, 2012

Hasil Marmet


Hasil marmet saya pagi ni. Alhamdulillah!

Kenapa saya bermarmet pagi ini?

Kebiasaannya saya akan mengepam jam 10 pagi. Hari ini, jam 8 pagi saya rasa cik B dah penuh dan dah mula engorged!

Susu pun terus melimpah waktu saya cik B. Tak perlu pam, saya tadah botol sahaja. Maka bermulalah sesi marmet saya yang sangat-sangat jarang saya lakukan.

Oh ya! Hasil di atas cuma dari sebelah cik B saja tau!

Andai ada yang bertanya;
1. Saya mengamalkan pengambilan suplemen secara konsisten selama 2 minggu.
2. Saya mengepam mengikut jadual setiap hari, lebih kurang 5 kali sehari.
3. Saya membuat power pumping sekurang-kurangnya 1 kali sehari (hari bekerja).
4. Saya memastikan pengambilan air masak yang secukupnya setiap hari.

Ingat, demand vs supply beserta pengambilan suplemen yang konsisten akan menjayakan penyusuan anda!

Nota :
Suplemen yang saya ambil bagi menjayakan penyusuan kali ini ialah :
1.  Energizing Soy Protein (ESP)
2. Vita-Lea
3. Sustained Release Vitamin C (sangat hot sebab tiap2 bulan asyik tak ada stok satu Malaysia)
4. B Complex
5. Alfalfa 
6. Lecithin (sambil maintain production susu, berat badan saya tetap berkurang tanpa membahayakn saya dan si kecil!)

Semoga berjaya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...