I Will Follow You...

Showing posts with label SUPLEMEN IBU MENYUSU. Show all posts
Showing posts with label SUPLEMEN IBU MENYUSU. Show all posts

Thursday, September 12, 2013

Tips Elak Anak Jaundis / Demam Kuning

Akhir-akhir ni, memang terlalu ramai bayi yang dilahirkan akan mengalami jaundis atau demam kuning.

Suami dan mama saya pun pelik dan tanya juga kenapa zaman dulu-dulu tak ramai yang kena macam ni.




Dengan Shaklee, InsyaAllah set di bawah akan membantu mengurangkan jaundis untuk ibu-ibu yang baru bersalin dan menyusukan anak mereka sepenuhnya. Alhamdulillah, anak-anak saya terhindar dari sakit ini dan mudah-mudahan dilindungi Allah selalu.


Nota:

Set bersalin Shaklee terdiri daripada produk berikut:
ESP + Vitalea + B Complex + Ostematrix


Siapa nak cuba set bersalin ni, bolehlah hubungi saya ya!
 

Berikut adalah antara himpunan artikel yang saya baca dan fahamkan dan dikongsi untuk pembaca semua.

Apakah penyakit kuning dan bagaimana ia berlaku?



Penyakit kuning, atau jaundis, sebenarnya bukan satu penyakit. Ia berlaku akibat sel darah merah yang pecah. Lebih banyak sel darah merah yang pecah, lebih tinggi kadar jaundis. Bayi terbabit mempunyai najis berwarna kuning dan air kencing jernih.

Terdapat beberapa keadaan di mana sel darah merah pecah pada kadar lebih tinggi seperti:

  • Pendarahan di bawah kulit kepala iaitu 'subaponeurotic haemorrhage'
  • Darah bayi yang pekat. Ini biasanya berlaku pada bayi dilahirkan ibu yang mengalami masalah
  • Kencing manis
  • Jangkitan kuman
  • Jenis darah yang berbeza antara ibu dan anak. Biasanya risiko lebih tinggi sekiranya salah seorang mempunyai darah jenis O.


    Dalam keadaan sebegini, jaundis mungkin bermula dalam 24 jam pertama selepas lahir dan tahapnya mungkin melebihi 340 micromol atau liter


    Mengenali Jaundis

    Bayi jaundis boleh dikenali dengan warna kulitnya yang kuning. Ia biasanya bermula dari muka dan turun ke perut dan kemudiannya ke kaki. Untuk mengenal pasti sama ada bayi anda mengalami jaundis, tekan pada kulitnya untuk beberapa saat dan kemudian lepaskan. Sekiranya jaundis, kulit di bahagian yang ditekan akan kelihatan kuning.

    Sekiranya jaundis itu fisiologikal atau berpunca daripada salah satu sebab di atas, air kencing jadi jernih manakala najis pula kuning.


    Rawatan Jaundis

    Doktor biasanya akan mengambil darah untuk mengenal pasti tahap dan jenis jaundis. Sekiranya perlu, bayi akan diletak di bawah lampu fototerapi. Ini akan membantu mengurangkan tahap jaundis. Ketika menjalani rawatan fototerapi, baju dan seluar akan ditanggalkan dan mata akan ditutup dengan cermin mata khas untuk mengelakkan kerosakan pada retina. Bayi juga perlu diberi susu dengan lebih kerap dan banyak untuk mengelakkan daripada dehidrasi.

    Sekiranya tahap jaundis terlalu tinggi, doktor mungkin perlu melakukan pertukaran darah.


    Rawatan tradisional?

    Rawatan menggunakan susu kambing atau ubat mandian tidak mempunyai bukti saintifik mengenai keberkesanannya, manakala menjemur pula kurang efektif kerana ia bergantung pada cuaca. Pendedahan pada matahari terlalu lama boleh menyebabkan kulit menggelupas. Pendedahan pada cahaya matahari juga akan membuatkan kulit menjadi gelap. Kuning tidak kelihatan tapi tidak bermakna ia tidak ada lagi.


    Risiko tahap kuning yang tinggi

    Tahap kuning yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan pendengaran serta 'choreoathetoid cerebral palsy' akibat dari bilirubin (bahan yang menyebabkan kuning) melekat pada bahagian otak.


    Sekiranya jaundis berpanjangan?

    Jaundis fisiologikal biasanya hilang pada hari ke-10 untuk bayi yang dilahirkan cukup bulan. Sekiranya berpanjangan, beberapa perkara perlu diteliti seperti adakah warna najis dan air kencing normal?

    Sekiranya warna najis pucat dan warna air kencing gelap, ia menandakan masalah pada hati atau salur hempedu. Kanak-kanak yang menyusu badan sepenuhnya mungkin mengalami jaundis lebih lama. Bagaimanapun, warna najis dan air kencing tetap normal dan jaundis tidak tinggi. Jaundis yang disebabkan susu ibu tidak membahayakan bayi.

    Sekiranya doktor mengesyaki bayi mempunyai masalah hati atau salur hempedu, bayi akan dihantar untuk pemeriksaan ultrasound. Ini mungkin diikuti dengan pemeriksaan lain untuk mengenal pasti punca kuning. Masalah seperti biliary atresia dan choledochal cyst di mana hati dan salur hempedu tersumbat, memerlukan pembedahan sebelum keadaan jadi lebih teruk.
  • Thursday, June 27, 2013

    CADANGAN JADUAL MAKAN VITAMIN (IBU MENYUSU) KETIKA PUASA

    Tercari-cari jadual makan vitamin yang sesuai ketika puasa?
    *Set yang dinyatakan di bawah sesuai untuk ibu-ibu menyusu yang perlukan langkah-langkah mengatasi kekeringan susu ketika puasa.

    Jom kita intai cadangan makan vitamin kat sini.

    BERSAHUR

    Untuk kekal bertenaga sepanjang hari, jangan lupa ambil vitamin di bawah ketika bersahur terutamanya ESP yang dapat membantu memberikan kekenyangan terhadap tubuh badan serta mengekalkan stamina yang diperlukan.
    Tips: Sambil-sambil nak kurus di bulan puasa ini, jangan lupa makan Alfalfa sebagai sumber detoksifikasi anda!

    BERBUKA PUASA

    Selepas berbuka puasa, amalkan pengambilan vitamin di atas (Vitamin C 500mg saya gantikan dengan Chewable Vita-C kerana stok yang sangat-sangat terhad di pasaran).


    SEBELUM TIDUR

    Ostematrix; bukan sekadar kalsium membantu kita lebih bertenaga untuk bangun pada esok hari. Segelas ESP sebagai agen protein dalam badan yang membantu membina sel-sel otot pun jangan kita lupakan. Dan paling utama, jangan lupa untuk baca doa sebelum tidur agar dipermudahkan bangun untuk bersahur, serta kita bersedia menghadapi sakaratul maut seandainya dijemput di dalam tidur.

    Opps! Jangan lupa ambil segelas air setiap sejam bagi memastikan anda tidak terhidrat dan mengelakkan rasa dahaga ketika berpuasa esok. :)
     

    Perlukan nasihat dan bimbingan tentang jadual pemakanan suplemen/vitamin ini?
    Jangan risau, jangan malu-malu. Hubungi saya seperti yang tertera di bawah:
    Linda Ismail (SID 866459)
    TEL | SMS | VIBER : 012-940 1604
    Facebook : www.facebook.com/SihatDenganSaya
    email : sihatdengansaya@gmail.com

    Harga di luar kemampuan?
    Jom kita bincang dulu, okay?

    Monday, June 17, 2013

    VITAMIN UNTUK BERPUASA

    Ramadhan dah menghampiri kita.
    Berpuasa tak bermakna ibu-ibu menyusu perlu risau stok susu berkurang, badan lemah dan tak bermaya!

    Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk meneruskan aktiviti harian anda!
    Jom kita intai cadangan suplemen / vitamin untuk ibu menyusu ketika bulan puasa.

    • Suplemen/vitamin asas untuk ibu-ibu yang menyusu ketika di bulan puasa adalah dicadangkan seperti berikut:
    •  Kalau nak lebih bertenaga sepanjang hari, dicadangkan agar menambah suplemen/vitamin di bawah:


    • Tapi penambahan 2 jenis suplemen/vitamin di bawah memang tak terkata hebatnya! Kalau mampu, jom tambah 2 item ini dalam pengambilan suplemen/vitamin harian anda terutamanya di bulan puasa ini!

    Perlukan nasihat dan bimbingan tentang jadual pemakanan suplemen/vitamin ini?
    Jangan risau, jangan malu-malu. Hubungi saya seperti yang tertera di bawah:
    Linda Ismail (SID 866459)
    TEL | SMS | VIBER : 012-940 1604
    Facebook : www.facebook.com/SihatDenganSaya
    email : sihatdengansaya@gmail.com

    Harga di luar kemampuan?
    Jom kita bincang dulu, okay?

     
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...