I Will Follow You...

Friday, November 16, 2018

It has been a while.

Lama dah blog-blog Linda yang ada ni tak bersentuh.
Laman media sosial pun sunyi sepi.
Tiada lagi cicipan rasa meskipun suara hati yang diluah.
Tiada lagi ceritera anak-anak yang Linda kongsikan.

Setahun yang menyeksakan.
Setahun yang mengajar Linda erti kemurungan.
Setahun yang menemukan Linda dengan pelbagai jawapan.

Tak tahu kemana nak lari.
Tak tahu di mana nak sembunyi.
Tak tahu siapa kawan, siapa yang sebenarnya lawan.

Hari ini Linda kumpul kekuatan.
Menulis demi meluahkan perasaan.
Biarpun tiada yang memahami.
Biarpun tiada yang di sisi.

Namun Linda akan terus menulis.
Agar tiada lagi penyeksaan dalam minda.

Semoga Linda akan bersua lebih ramai kawan di alam maya ini.
Yang sudi berkongsi luahan rasa.
Yang tak jemu membaca.

Mudah-mudahan...

Saturday, September 3, 2016

Senarai Blog yang sporting dan sempoi!

Antara senarai blogger yang patut korang jenguk dan berblogwalking sebab diorang semuanya sempoi dan banyak info manfaat tentang penjagaan anak, tips travel, tips masakan, tips makan kat mana, resipi, info kesihatan dan banyak lagi.

Chekc it out guys!


2. Mai Md Saupi http://kmshop143.blogspot.my
 







9. Shazzy Salleh


11. Ayu 

12. Ana

13. Fadzrin 

14. Faaiz

15. Ainul

16. Sarah

Saturday, September 12, 2015

Saya Nak Percutian PERCUMA!

Hari ini tak nak sembang panjang.
Hari ini selesai 3 perkara penting dalam hidup.
Hari ini aku buat keputusan nak join FREE 5 Stars trip ke Bangkok.

Hari ini aku teruja nak ajak kawan-kawan yang nak join aku bersama-sama ke sana.
Hari ini aku bagi peluang kat korang semua.
Hari ini, sapa nak tau camne nak gi Bangkok tahun depan secara PERCUMA, tolong hubungi saya secepat mungkin untuk hantarkan kad jemputan :)

Cepat-cepat tau!


Friday, July 17, 2015

Homestay Tambun paling dekat dengan Lost World of Tambun dan Banjaran Hotspring

Apartment lengkap dengan perabot untuk sewaan jangka pendek berhampiran Lost World of Tambun.

Terletak bersebelahan D'Haven Residence, dan hanya kurang dari 3 minit memandu ke lokasi berikut:
• Lost World of Tambun
• Tambun Hot Spring
• Giant
• McDonalds
• Shophouses
• Clinic
• Maybank
Etc

3 queen sizes bed + 1 single bed
32" LCD TV + DVD player
Washing machine
Refrigerator
Cooking stove and gas
Cooking utensils

2D1N RM150
3D2N RM270
1 week RM600
1 month RM1500
*kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan tentang kadar sewaan bergantung kepada kesesuaian anda. 

Jom booking sekarang!


Thursday, January 15, 2015

Perginya Bonda Kepada Penulis Lirik UntukMu Ibu

Masih ingat entri yang aku kongsikan dulu tentang penulis lirik Satu Malaysia Satu Bahtera?

Takziah diucapkan buat seluruh keluarga Megat Ibrahim Megat Itam atas kehilangan Nenda Hajah Maryam, nenda kepada penulis lirik Satu Malaysia Satu Bahtera dan juga merupakan bonda kepada Allahyarham Megat Ismail, penulis lirik UntukMu Ibu, Fikirkan Boleh, Perempuan dan lain-lain lagi.

Tak sampai beberapa minit aku sedang Whatsapp dengan Kak Sue (Puteri Suraya) tentang wealth management, terus Kak Sue sampaikan khabar yang Pah Encik dah tiada lagi (itu panggilan kami pada nenda yang merupakan kakak ipar kepada nenda sebenar kami).

Waktu tu, Encik Suami baru je makan ubat cirit dan baru pasang IV drip untuk preparation ERCP esok. Terus aku gerakkan dia dan "lari sekejap" dari hospital untuk menziarah jenazah Pah Encik di Bangsar. 

Tak tipu, aku nangis.
Tak salah pun aku nangis.
Muhammad tanya kenapa aku nangis?
Aku jawap, "Nyang dah tak ada...kita ni pun tak tau bila Allah nak ambil nyawa"

10 Januari 2015, baru je aku jumpa Pah Encik di kenduri Megat Izham dan isteri, Dr Hajar. Memang ketara Pah Encik tak berapa sihat. Dia pun dah tak berapa cam muka aku. Paling sedih, bila dia tanya, kenapa mama dah tak jenguk dia?

Ya.
Mama antara yang sangat kerap jenguk dia kat sana.
Secara tak langsung, dari aku kecik sampai besar aku selalu sangat jenguk dia kat sana sebab temankan mama.

Mama belum balik dari Scotland. Dua minggu lagi mama akan balik, dan memang dah terdetik di hati nak bawa mama ke rumah Pah Encik.

Apakan daya, Allah telah merancang sebaik-baiknya.

Pah Encik pergi dalam keadaan berwuduk dan baru lepas menunaikan solat Maghrib. Mudahnya dia "pergi" tatkala itu ditemani dengan anak dan cucu. Alhamdulillah juga Dr Hajar ada di rumah dan dialah yang isytiharkan "Time of Death", baru dua minggu bergelar pengantin baru...

Aku ziarah sekejap aje. 
Esok Muhammad punya first day at school.
Esok juga Encik Suami akan jalani prosedur ERCP.
Esok juga jenazah akan dikebumikan, aku hanya doakan dari jauh...

Lagu UntukMu Ibu ni, aku tujukan khas untuk mereka yang masih punyai ibu. Hargailah ibu selagi hayatnya masih ada.

Sungguh, lirik lagu yang Ayah Chor tulis ni sangat menyentuh jiwa aku tatkala ini...

Untuk Mu Ibu 

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu...

Exist (Rahim Othman / Megat Ismail Megat Ibrahim)


إِنَّا لِلهِ وٓإِنّٓا إلٓيْهِ رٓاجِعُون ... ألْفٓاتِحهْ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...